Khalil Idham Lim Mahu Berdebat

|
“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan."

Di atas adalah petikan dari harakahdaily yang saya petik dari sebuah forum.

Entah mengapa, Pakatan Rakyat memang suka berdebat! Mereka fikir dengan perdebatan yang diriuhkan oleh penyokong mereka, dan suara pendebat mereka yang terpekik terlolong, walaupun isinya kosong, mereka telah menang. Dan akan bercerita sampai ke anak cucu mereka UMNO kalah berdebat.

Saya merasakan ini adalah psikologi mereka untuk sentiasa menyemarakkan semangat penyokong mereka supaya tidak terputus. Tambahan pula penyokong mereka sentiasa dahagakan kekecohan dan dengan menghadiri debat, mereka dapat meluahkan makian dan cacian kepada pendebat UMNO. Kenang kembali Debat "Wajarkah Mahasiswa Berpolitik" di UKM pada tahun 1999.

Untuk Drs. Khalil Idham Lim, pimpinan UMNO negeri sibuk mengurus dan mentadbir negeri, tiada masa mereka melayan debat dengan puak anda yang hanya membuang masa. Lainlah dari parti anda, yang memang suka kepada perkara sia-sia.

Daripada anda mengajak orang yang sibuk berdebat, lebih baik anda berdebat dengan saya yang tidak sibuk. Mahu?

Dengan syarat seperti di bawah:-

Tarikh dan masa saya akan berikan;
Tempat dan persediaan anda sediakan: dan
Tempat tertutup yang hanya dihadiri orang Melayu sahaja.

Apa kata anda.



1 comments:

Unknown said...

sah2... dia tak mai.. pasai syarat hang yg no 3 tuh...

Post a Comment