Sukarelawan Ke Gaza

|
Mengapa begitu buruk sekali layanan Israel kepada sukarelawan dunia yang datang ke Gaza dengan satu tujuan, memberi bantuan kemanusiaan. Pelbagai cerita telah kita dengar melalui tv, akhbar, dan internet bagaimana Israel berusaha untuk menggagalkan rakyat Gaza mendapat bantuan dari luar.


Sudah lah tanah rakyat Palestin di rampas, bila bantuan hendak diberikan, Israel sekat untuk menambahkan derita rakyat Palestin.

Tetapi syukur, operasi membuka kepungan di Gaza telah membuahkan hasil. Mavi Marmara dan Rachel Corrie telah membuka laluan. Insyallah selepas ini lebih banyak bantuan kemanusiaan akan datang ke Gaza. Baca ini:-

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/07/breaking-seige-call-for-action.html.

Saya yakin layanan Israel kepada bantuan kemanusiaan akan tetap sama. Tetapi jika banyak bantuan kemanusiaan ke sana, mungkin Israel akan berlembut untuk mengurangkan kutukan antarabangsa ke atas negaranya.

Sebaliknya, saya tertanya bagaimana jika Anwar Ibrahim ke Israel. Mungkin 21 das tembakan meriam akan menyambutnya.

0 comments:

Post a Comment