Pertubuhan Melayu

|
Ketika saya aktif dalam PAS, saya amat percaya tuduhan rekaan PAS bahawa UMNO dicipta oleh British. Benarkah begitu?

Pejabat Tanah Jajahan di London telah menggubal perlembagaan Malayan Union untuk Persekutuan Tanah Melayu. Jika Malayan Union dilaksanakan, maka terhapuslah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang-orang Melyu.

Maka bangkit dan dibangkitkan semangat orang Melayu menentang Malayan Union. Akhbar Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu memainkan peranan. Orang Melayu bangkit berhimpun dan membantah Malayan Union. Bermula di Kedah, Kelantan, Batu Pahat dan seterusnya Raja-Raja Melayu turut membantah.

Zaba, Datuk Panglima Bukit Gantang Wahab dan Dato Onn telah menjemput pemimpin-pemimpin pertubuhan/ persatuan Melayu untuk mengadakan kongres yang bertujuan untuk, menubuhkan pertubuhan Melayu yang besar untuk menentang Malayan Union. Bermula Kongres pertama pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru Kuala Lumpur, dirasmikan Sultan Selangor Sultan Hishamudin Alam Shah, seramai 107 wakil daripada 41 buah pertubuhan.

Akhirnya, pada 11 dan 12 Mei 1946 di Kongres ke 3 di Istana Besar, Johor Bahru dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor (Sultan Ismail) dihadiri 58 wakil dan 30 pemerhati dari 29 pertubuhan, maka kongres dibubarkan, dan UMNO ditubuhkan dengan rasminya. Dengan cogankata "Hidup Melayu".

Apabila saya sedar tuduhan rekaan PAS sama sekali salah, maka saya menyertai UMNO. Jika tuduhan PAS benar, pertubuhan yang manakah ditaja British?