Imej Orang Islam

|
baca sini.

simple dan menarik

http://remgold.blogspot.com/2011/03/quake-nami-jepun-mengajar-umat-m.html

Hawa Asal Dari Tulang Adam

|
Status fb aku jumaat

Genesis 2: 18 – 23
18 The LORD God said, "It is not good for the man to be alone. I will make a helper suitable for him." 19 Now the LORD God had formed out of the ground all the beasts of the field and all the birds of the air. He brought them to the man to see what he would name them; and whatever the man called each living creature, that was its name. 20 So the man gave names to all the livestock, the birds of the air and all the beasts of the field. But for Adam no suitable helper was found. 21 So the LORD God caused the man to fall into a deep sleep; and while he was sleeping, he took one of the man's ribs and closed up the place with flesh. 22 Then the LORD God made a woman from the rib he had taken out of the man, and he brought her to the man. 23 The man said, "This is now bone of my bones and flesh of my flesh; she shall be called 'woman, for she was taken out of man."
Therefore in its role as Furqan or a Criterion the Quran cannot confirm this story in the Bible very simply because this story is not found in the Quran. This is a point of accuracy and a statement of fact.

Pemuda Umno Bukan Harimau Di Zoo Negara, Tetapi Harimau Yang Gagah Di Banjaran Titiwangsa

|
Fakta. "Harimau yang sedari kecil dipelihara di zoo akan menghadapi kesusahan jika dihantar semula ke hutan dan berkemungkinan akan lebih cepat mati kelaparan kerana naluri pemburu dalam dirinya sudah hilang".

Perlawanan badminton tamat. Pakcik Jib menang kedua-dua set, 21-1, 21-0. Kedua mereka duduk di tepi gelanggang. Ri meneguk 100 plus untuk menghilangkan keletihan. Pakcik Jib memang handallah, Ri cuba memuji.

Ini tak patut berlaku Ri. U muda, semangat tinggi, tapi u tak melawan, u longlai dari awal, lembik., lemah, tinggi sedikit suara Pakcik Jib. Ri tersentak. Ri membalas bahawa Pakcik Jib sudah mengawal permainan dari awal.

Ri, I tahu u muda, pengalaman tak banyak, u tak pandai control court, u banyak bagi bola tanggung, backhand u pun half court. Itu memang adat orang muda. Tapi orang muda semangat melawan mesti tinggi. Ke mana bola pergi mesti kejar, tidak boleh smash pun smash. Itu baru orang muda. Tapi u tidak, u malas kejar bola, u lembik, u cepat tercungap. Bentak Pakcik Jib.

Tapi… belum sempat Ri meneruskan kata, Pakcib Jib terus berkata, u tengok court sebelah. Makcik Ijat tu pandai control court, tapi Rosnah sentiasa bersemangat tinggi. Ini baru orang muda, walaupun Rosnah perempuan Ri. Pengalaman Makcik Ijat ditentang oleh semangat Rosnah. Diorang dah masuk rubber game Ri.

Ri, I pernah main dengan Riz, dia pun macam u muda lagi, pengalaman masih kurang. Tapi dia punya semangat tidak mengalah kuat Ri. Penat juga I nak jinakkan dia.
Ri diam sambil memegang baju. Pakcib Jib menyambung, u pakai baju Gucci Sport mahal-mahal, u pakai raket carbonex paling mahal, shuttle u jenama Yonex, court I dah bagi pada u, coach I dah bagi pada u, tapi u tak manfaatkannya Ri. U tengok Riz, dia main pun kena tempah dewan, coach tiada, shuttle pun recycle punya, tapi dia bersemangat berlatih untuk majukan diri.

I sibuk la Pakcik Jib, takde masa nak turun training, Ri memberi alasan. Ri, u masa u habiskan jadi peragawanlah, berlakon lah, naik yatch la. Itu semua buang masa Ri, u kena selalu training. Ri diam.

Ri,I nasihatkan u untuk improve u punya diri. U kena Ri, this is an order. Kalau tidak Riz dan orang-orang yang semangat macam dia akan gantikan u Ri. Okay Ri, I tak puas berpeluh main dengan u tadi, I nak sambung main dengan Riz pula. Come on young tiger, take your racket. Riz berlari masuk ke gelanggang badminton. Give me some roar young tiger! Aumm Aumm jerit Riz. I cant hear u. Aummmmmmmmmmmmm.

Miauuuuu.

Im not asking u Ri. Beside that is sound of kucing manja, not even a sound of kucing jantan.

Ri diam di luar gelanggang. Dia memerhatikan Pakcik Jib bermain dengan Riz. Riz main dengan penuh semangat orang muda, gagah dan perkasa. Dalam tidak sedar air mata Ri bergenang lalu mengalir. Ri dapat lihat semangat Sang Saka Bangsa dalam diri Riz.

Mahafiraun dan Diktator Tua

|
Timbalan dibuang lagi!Disebabkan kuasa, kau sanggup bertindak zalim. Sebab itu mereka menggelar kau Mahafiraun, Mahazalim. Kau hendak menjadi diktator tua(PM) sampai mati. Seorang MB berkata kalau hari ini kau tidak lagi PM, esok dia akan letak jawatan sebagai MB, beranggapan kau tidak mungkin lepaskan jawatan PM. 8 tahun sudah kau letak jawatan, tidaklah diktator, main dengan cucu di rumah sambil menulis. MB itu pula masih belum letak jawatan. Allah Maha Adil!

status fb aku hari ini.

tuduahan pada Mahathir 98 masih segar sehingga hari ini.

Bagaimana Menjadi Kontraktor Berjaya Dari Pandangan Kontraktor Cina

|
http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1783:bumiputera-contractors-a-wasteful-national-mission-to-date-&catid=211:koon-yew-yin&Itemid=193

baca kat atas

ditulis oleh Khoo Yew Yin. biodata di dalam

Bahasa Arab Lebih Islamik

|
Perkenalkan rakan saya Karim dari Parti Y. Beliau membahasakan dirinya "ana", lebih Islamik katanya. Terfikir saya jika orang Parit hendak Islamik seperti Karim. Dialek Parit ini, mana jadi mane, apa jadi ape, siapa, sape. Kalau begitu, ana akan menjadi "ane". Susah nyebotnye yob!

dari status fb aku hari ini.
ramai kawan aku dari parti PAS akan menggunakan istilah Arab walaupun ada istilah Bahasa Melayu. pada mereka lebih Islamik.

Bahasa melayu sedang berkembang. Jika tiada istilah dalam bahasa Melayu, maka istilah dari bahasa asing seperti Arab, India, Belanda, elnglish dan lain-lain.

Kalau sudah ada istilah dalam bahasa Melayu, kita tidak meminjam bahasa asing. Kalau kamu menggunakan bahasa asing, ini bereti kamu ingin-ingin menunjuk nunjuk nunjuk kebolehan kamu. porah bongok

Projek RM600j dan Makcik Jual Kerepek

|
Pernah anda dengar rakan anda mengatakan projek RM600j mengkayakan individu tertentu sahaja dan rakyat kebanykan tidak menikmatinya. Ayuh kita teliti kebenarannya.

Syarikat A mendapat kontrak kerajaan bernilai RM600j. Syarikat ini mendapat untung yang besar. Syarikat ini dikenakan cukai korporat bernilai RM5j, maka RM5j kembali ke dalam kantung kerajaan. Ramai pekerja syarikat A mendapat bonus yang lebih besar dan masing-masing membayar lebih cukai individu, maka kutipan cukai kerajaan bertambah.

Untuk menjalankan projek, Syarikat A memerlukan pembiayaan daripada bank. Dapatlah bank memberi pinjaman korporat dan mendapat keuntungan besar. Cukai korporat bank bertambah. Bonus juga diberikan kepada pekerja bank. Maka bertambahlah pendapatan pekerja bank dan cukai individu pekerja juga bertambah. Bank juga memerlukan peguam untuk dokumen pinjaman tersebut. Maka peguam juga mendapat laba.

Syarikat A perlukan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain untuk menyiapkan projek. Maka pembekal/ peniaga bagi bahan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain mendapat projek dan sudah pasti pendapatan mereka bertambah. Maka cukai mereka juga bertambah, kutipan cukai kerajaan sekali lagi bertambah.

Taukeh pasir, besi, simen, kayu, paku dan batu perlukan lori-lori, maka syarikat lori mendapat projek dan pendapatan mereka bertambah. Cukai syarikat dan individu syarikat lori bertambah, maka duit kerajaan juga bertambah.

Syarikat pasir, batu dan simen perlukan bahan dari alam semulajadi. Maka kerajaan negeri akan membenarkan pasir sungai dan bahan batu dikeluarkan. Bayaran premium dan doket dibayar kepada kerajaan negeri, maka pendapatan kerajaan negeri juga bertambah.

Bila pasir dan batu hendak dikeluarkan, maka pekerja yang terlibat dalam industri masing-masing akan mendapat pendapatan yang lebih. Juga cukai mereka bertambah.

Bila pendapatan bertambah, mendapatkan barang keperluan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal lebih daripada mampu maka mereka akan beralih kepada barang kehendak. Maka seluar Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan dibeli. Maka pendapatan tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan bertambah.

Bila pendapatan mereka bertambah, maka cukai tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak kepada kerajaan juga bertambah. Jangan lupa bila pendapatan mereka bertambah, maka mereka juga akan berbelanja untuk barang kehendak yang lain. Mungkin melancong, maka hiduplah ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya.

Ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya yang mendapat pendapat lebih, akan membayar cukai lebih kepada kerajaan dan berbelanja untuk barang kehendak lain pula. Mungkin membeli emas untuk bini mereka.

Maka hiduplah kedai emas. Tauke kedai emas akan membayar cukai lebih tinggi. Ah dan mempunyai pendapatan lebih. Mereka pula membeli basikal fixie, maka hiduplah peniaga basikal.

Peniaga basikal pula akan membayar cukai yang lebih tinggi. Dan pendapatan yang lebih pula mereka akan membeli kasut Nike dan Adidas. Maka hiduplah kedai sukan.

Kedai sukan mendapat pendapatan lebih dan membayar cukai lebih. Sudah mendapat pendapatan lebih mereka membeli apa pula. Ah tidak perlulah difikirkan. Mungkin mereka berbelanja di pasar malam, maka hiduplah peniaga kecil pasar malam. Begitu juga pembekal kepada barangan pasar malam.

Ini adalah kitaran ekonomi. Walaupun projek bernilai RM600j hanya dapat kepada satu syarikat, tetapi duit itu akhirnya akan turun sehingga rakyat paling bawah. Perlu jelas bahawa bila mempunyai duit lebih, barang keperluan sudah lebih dari mampu, maka rakyat akan mencari barang kehendak yang lain. Membeli kerepek pisang juga mudah. Maka hiduplah penjual kerepek pisang. Oh penanam pisang juga mendapat duit lebih. Begitu juga pembawa lori pisang. Begitu juga dengan penjual baja. Sekali lagi pusingan ekonomi bergerak.

Dalam semua pusingan ekonomi, setiap syarikat atau individu yang mendapat pendapatan yang lebih akan membayar cukai. Kutipan negara bertambah. Maka adalah duit untuk belanjawan kementerian masing-masing. Jabatan Kebajikan ada peruntukan untuk orang miskin, merempat, ibu tunggal dan lain-lain. Jabatan Perdana Menteri ada peruntukan untuk agama Islam. Oh MARA mendapat peruntukan untuk membantu anak Melayu.

Setiap kementerian akan mendapat belanja pembangunan, maka sekali lagi syarikat dan individu akan mendapat projek dan pendapat lebih. Maka pusingan ekonomi bermula semula.

Ini adalah pusingan ekonomi. Bagi yang faham, apabila kerajaan mengumumkan projek bernilai RM puluh juta RM ratus juta atau RM billion, maka mereka akan tersenyum kerana tahu akhirnya duit projek tersebut akan turun hingga ke bawah.

Jadi, jika sekali lagi anda mendengar rakan anda berkata bahawa projek RM600j hanya mengkayakan individu tertentu, katakan padanya bahawa kamu tidak tahu langsung tentang ekonomi. Kamu sedikit ilmu tetapi berlebihan cakap.

Ketahui juga bahawa rakan anda itu juga adalah dari pembangkang dan mereka mendapat ilmu dari pemimpin mereka. Katakan kepada mereka, jika kamu tidak tahu pasal ekonomi mahu mentadbir negara, alamat lingkuplah negara.

Baik, luruskan barisan!

Sejarah Melayu Ipoh

|
baca di ipoh malay

nak senang hambik ni

http://ipohmalay.blogspot.com/2011/01/sejarah-melayu-ipoh-8.html

banyak siri