Sedikit Tentang Pergolakan Mesir

|
Itu sudah dijangka dan bala, Mesir. Kamu tidak uruskan negara kamu dengan baik. Barangan keperluan naik, rejim Hosni merompak dan pekerjaan tiada. Kamu juga menghalang orang memberi bantuan kepada Semenanjung Gaza. Yang bangkit adalah rakyat yang benar-benar derita, bukan dirancang Ikhwanul Muslimin.

Itulah yang berlaku di Mesir.

Punca yang berlaku banyak saya perolehi di bawah ini:-

http://remgold.blogspot.com/2011/02/mesir-masuk-pula-rating-agencies-lemah.html

http://remgold.blogspot.com/2011/01/lepas-egypt.html

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/01/egypt-in-turmoil.html

sembang kenaikan ron 97 1/2/11

|
ron97. rakyat didahulukan. rata-rata rakyat memakai 95. yang memakai ron 97 bergaji tinggi, memakai kereta luar negeri, gajet terbaru dan terkini, kalau kamera ada dslr. sudah dikata, ron 97 akan mengikut harga dunia dan tiada subsidi. bila harga naik lagi, mereka menjerit tak berhenti. hoi tidak malu. gaji sudah tinggi masih mahu subsidi.
dari status facebook aku.

heboh dalam facebook di status rakan-rakan yang berang dengan tindakan kerajaan menaikkan 10 sen minyak ron 97. kata mereka ini tidak mendahulukan rakyat.

saya pelik. mereka ini tidak tahukah bahawa ron 97 sudah tidak disubsidi lagi dan akan mengikut pasaran dunia. ron 97 juga untuk mereka yang berpendapatan tinggi. rata-rata rakyat yang memakai ron 95 tidak terjejas.

apa yang pelik adalah status ini dikeluarkan oleh rakan yang memegang ijazah. mereka bercakap seperti orang tidak berpendidikan tinggi. ini amat memalukan.

saya yakin mereka terlalu suka mengikut politik pembangkang.

buat memberi subsidi kepada orang berpendapatan tinggi. langkah kerajaan adalah tepat. duit subsidi itu disalurkan kepada kebajikan rakyat.

tambahan aku baru balik dari klinik kerajaan. wow, banyak ubatan dan perkhidmatan pada kadar rendah untuk rakyat. inilah untungnya bila subsisi tidak diberikan kepada orang berpendapatan tinggi!