Ciri-Ciri PAS Telah Diakui Dalam Hadis

|
  1. petah bercakap, berkarisma dalam berpidato


     

  2. pandai bertikam lidah dan bermain hujah tetapi hati mereka kosong daripada keimanan, lantaran mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka


     

  3. membelakangkan al-Quran sunnah RasulNya apabila bertentangan dengan kepentingan, akal dan hawa nafsu mereka

Keluar daripada penguasaan Islam sesebuah negara. Mereka mengwujudkan parti (perkumpulan) untuk menjatuhkan pemerintah atau memecah-belah sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij terhadap Khalifah Uthman dan Ali bin Abi Talib.

Bahkan sikap keras dan pengkafiran mereka terhadap orang yang di luar kelompoknya terbukti dengan membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya.

"Akan keluar satu kaum (Khawarij) daripada umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka". (H/R Muslim (1066))

Jika difahami dari kandungan sabda Rasulullah s.a.w. tentang Khawarij, akan terbukti bahawa Khawarij akan terus muncul sehingga ke akhir zaman. Dan mereka akan sentiasa bertolong-tolongan dengan orang-orang kafir sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda yang bermaksud:

"Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar daripada agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya".

Awas! Semua ciri-ciri Khawarij di atas ini terdapat dalam kelompok orang Islam Malaysia yang diteraju oleh Parti Pas.

Ibn Taimiyah pernah menjelaskan tanda-tanda Khawarij seoerti berikut:

"Dasar penekanan Khawarij ialah mengkafirkan seseorang lantaran ia berdosa, padahal berdosa tidak menyebabkan seseorang menjadi kafir. Prinsip mereka kembali kepada al-Quran tetapi tidak kepada sunnah, yang disangka menyalahi zahir al-Quran sekalipun sunnah yang mutawatir. Khawarij mengkafirkan dan menghalalkan darah serta segala apa yang ada pada orang Islam yang menentang mereka, tetapi tidak mengharamkan darah orang yang kafir".

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala". (H/R Bukhari. No. 3644. Muslim No. 1064. Lihat: Sahih al-Jami' No. 2227. Nasruddin al-Albani.)

Sesungguhnya Khawarij berbeza-beza pada nama, mereka bersatu dalam memusuhi orang yang di luar kelompok dan dibencinya". (Riwayatkan oleh al-Lalikaii. Dalam Syarah as-Sunnah)

Mereka akan terus mengecoh, memfitnah dan membunuh kaum muslimin yang tidak sealran dengan mereka. Oleh kerana itu, al-Allamah Ibnu Qayyim rahimhullah menegaskan dalam mensifatkan golongan Khawarij serpti berikut:

"Mereka menghafal nas-nas namun dangkal pemahamannya * Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya".


Untuk bacaan lanjut, pergi ke theunspinners.blogpsot.com


 

0 comments:

Post a Comment