Teknologi Dan Saman Ekor

|
Ketika di UIA tahun 2005, pensyarah saya yang belajar di UK menceritakan bahawa satu malam mereka telah terkeliru dengan jalan di UK, dan berpusing tiga kali di bulatan. Tidak lama selepas itu polis trafik datang dan membuat pemeriksaan mabuk, kerana hanya pemabuk pusing tiga kali di bulatn. Suah pasti beli tidak mabuk.

Pensyarah menceritakan dengan kagum bahawa di UK mereka telah menggunakan teknologi untuk mengenalpasti perlakuan salah.

Baru-baru ini, seorang rakan baru pulang dari Australia dan menceritakan kekaguman beliau dengan tertibnya masyarakat Australia yang memandu tidak lebih dari 60km/s jika ada papan tanda. Rupanya jika memandu lebih halaju maka gambar kesalahan akan ditangkap dan dijadikan bahan bukti, sebab itu mereka takut.

Betapa rakan kagum dengan teknologi dapat mendisiplinkan pemandu Australia.

Sikap pemandu di Malaysia, tidak perlu diceritakan, semua sudah maklum. Saya pemandu Ipoh ye, terkenal dengan disiplin, tetapi orang luar memanggil sebagai skemanyee memandu.

PDRM telah memperkenalkan saman ekor untuk menyaman pemandu yang melakukan kesalahan lalulintas, melebihi halaju terutamanya. Syabas PDRM kerana menggunakan teknologi untuk mendisiplinkan pemandu. Kita perlu bergerak seiring dengan teknologi.

Tetapi rakyat Malaysia membantah kehadiran teknologi saman ekor ini, malah pihak Pakatan Rakyat menjuarai bantahan ini. Sangat pelik sikap yang ditunjukkan, mengapa mahu membela pesalah lalulintas yang sering mengakibatkan kemalangan.

Rupanya mereka marah kerana tidak menyedari telah dikompaun dan disenarai hitam, lantas tidak boleh memperbaharui lesen memandu. Oh itu kah sebabnya.

Baru-baru ini mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak mempunyai kuasa untuk menolak pembaharuan lesen walaupun orang tersebut mempunyai tunggakan kompaun/ saman. Khabarnya ini menjadi point penting untuk PAS.

Saya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah. Tetapi sebenarnya pihak PDRM perlu memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap pesalah trafik tanpa perlu menghalang mereka memperbaharui lesen. Jika lesen tidak diperbaharui, sudah tentu itu satu lagi kesalahan.

Sepatutnya PAS datang memberi cadangan bernas untuk mengatasi masalah ini, bukan membantu pesalah trafik. Mungkin ingin menyelamatkan Tian Chua. Terbalik jadinya wahai orang PAS. Enta semua ini belajar di mana! Datang bukan dengan cadangan, datang untuk membantah untuk kepentingan membantah sahaja.

Tindakan PAS sangat tidak bertamadun, dan hanya untuk kepentingan politik semata-mata. , Sudah tahu orang membuat salah, mengapa mahu dibela. Itulah suka sangat membela orang salah untuk tujuan politik.

Berharap agar PAS tidak memerintah Malaysia. Alamatnya negara kita akan jadi macam Sudan, Afghanistan, Pakistan lah akhirnya.

0 comments:

Post a Comment