BANTUAN KEMANUSIAAN, MAVI MARVARA DAN RACHEL CORRIE

|


 

Bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan kerusi roda cuba dihantar ke genting Gaza oleh pencinta kedamaian di dari seluruh dunia. Dan bertambah membanggakan 12 rakyat Malaysia terlibat di atas kapal Mavi Marvara manakala 6 rakyat Malaysia di atas kapala Rachel Corrie yang belayar kemudian. Seperti yang anda sedia maklum, kapal Mavi Marvara telah diserang dan ditahan, begitu juga dengan Rachel Corrie dan bantuan kemanusiaan telah gagal sampai ke tangan rakyat Palestin. Kekejaman Israel telah mendapat perhatian dan bantahan dari seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.

Untuk mengetahui mengapakah kapal dinamakan Rachel Corrie dan siapakan Rachel Corrie baca sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/06/rachel-corrietun-m-pencetus-intifada-ke.html.


Parlimen telah bersidang pada 07/06/2010 dan sebulat suara mengutuk kekejaman Israel, malah kerajaan Malaysia bercadang mendakwa Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (hmm keadilan ye). Sebelum itu pelbagai tunjuk perasaan telah dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik. Paling mengejutkan Anwar Ibrahim turut terlibat berdemonstrasi membantah kekejaman Israel (wah encik penyokong Annapolis memang chameleon).


 

Jika dahulu rakyat Palestin yang menentang tentera Israel tidak mendapat perhatian dunia kerana dilabel pengganas dan masyarakat dunia masih dalam islamphobia, kini rakyat dunia bersimpati atas penderitaan rakyat Palestin. Keadaan dikhuatiri oleh pihak Zionist akan bertukar dari Islamphobia kepada imlamsympathy. Jika ini berlaku, maka Israel akan lebih berhati-hati untuk menceroboh dan membunuh rakyat Plaestin kerana tekanan masyarakat dunia akan menyusul.

Penderitaan dan Bantuan

Telah lama rakyat Palestin menderita dan telah ramai yang cuba memberi bantuan. Paling yang dikatakan berkesan adalah boikot barangan Amerika yang sering memberi bantuan kepada Israel. Ramai juga yang memberi bantuan kemanusiaan. Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan. Ramai yang "berpedang malam" mendoakan kemenangan kepada rakyat Palestin.

PAS melihat UMNO/ kerajaan Malaysia sebagai boneka zionist dan yang paling dituduh adalah Tun Dr Mahathir kerana pernah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia satu masa dahulu. Tapi dalam diam PAS tidak tahu bahawa Tun Mahathir telah semasa dalam kerajaan membantu Palestin menggunakan pendekatan G to G (government to government).

Apabila pencen, Tun Mahathir terus berjuang untuk kepentingan dan bantuan Palestin melalui Perdana Global Peace Organisation (PGPO). Bagi yang mengikut blog chedet, tentu tahu perkembangan ini.

Terbaru, PGPO dan Lifeline 4 Gaza dari Malaysia terlibat menghantar bantuan kemanusiaan kepada Palestin. Malah kapal Rachel Corrie juga ditaja oleh Tun Mahathir.


Pada saya, bantuan yang diberikan oleh Tun Mahathir amatlah besar ertinya. Walaupun beliau dikaitkan sebagai boneka Zionist, beliau tidak pernah menafikan tetapi dengan bantuan ini, maka segala tuduhan yang dilemparkan terus terhakis.

Berbanding PAS, mereka membuat tunjuk perasaan atas kekejaman Israel menghantar bantuan kemanusiaan, tetapi mereka tidak sedar bahawa bantuan itu turut disumbang oleh Tun Mahathir. PAS hanya sekdar mampu membuat tunjuk perasaan dalam erti memberi bantuan kepada Palestin sedangkan Tun Mahathir yang dibenci oleh PAS memberi bantuan dalam pendekatan yang lebih terkehadapan. Malah, tindakan Tun Mahathir yang cukup bijak dianggap memulakan Intifada ke 3.

Saya sudah bosan dengan sikap dan pendekatan jihad PAS, saya sebaliknya tertarik dengan pendekatan jihad yang dilaungkan dan dilakukan oleh Tun Mahathir. PAS sehingga hari ini hanya setakat berdemo dan mengutuk kerajaan menyokong Israel, erti jihad sebenar tidak mereka dalami. Mungkin akan ada demo selepas ini ahli PAS akan berbaring memegang bendera Palestin.

UMNO dan APCO

Sekali lagi entah apa kena pembangkang mempertikai keikhlasan keraajaan mengutuk kekejaman Israel kerana UMNO melantik APCO yang dimiliki oleh Yahudi. Teori konspirasi dikeluarkan lagi. Malah khiubah Jumaat juga menyentuh isu APCO. Pembangkang ni memang belakang parang yang tak akan tajam. Yahudi, Israel dan Zionist pun tidak boleh dibezakan. Satu percaya kepada satu perkara, mereka malas membaca. Saya syorkan baca di sini http://parpukari.blogspot.com/2010/06/kisah-apco-truth.html
untuk memahami APCO.

Saya syorkan penyokong pembangkang rajin membaca hubungan Anwar dengan Zionist dalam AIDC, Parpukari dan Theunspinners.

Saya angkat topi kepada mereka yang berkorban dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin.

PEMBANGUNAN DI KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR

|
Kg Baru yang terletak di Kuala Lumpur mengingatkan kepada Gugusan Manjoi Ipoh, tempat saya membesar. Terletak di tengah pusat bandaraya, berhampiran KLCC. Seperti di Gugusan Manjoi, terdapat banyak restoran/ kedai makan di sini, dan sudah pasti menyebabkan Kg Baru menjadi kotor. Tapi percayalah, banyak kedai makan yang menyajikan juadah istimewa di sini dan sedap-sedap belaka, tetapi mahal!!!

Akibat kepesatan di sekeliling, kerajaan telah lama berhasrat untuk memajukan Kg Baru, mungkin mengubah status tanah kepada "tujuan komersial", saya tidak pasti. Terbaru, Raja Nong Chik telah bertemu dengan penduduk Kg Baru untuk berbincang tentang konsep pembangunan Kg Baru. Satu inisiatif yang bijak.

Yang tidak bijak adalah langkah membuka 40% pemilikan kepada bukan Melayu. Hoi! Mengapa perlu dibuka peluang kepada bukan Melayu. Saya sependapat dengan Dato A. Kadir Jasin (sila buka link ditepi). Jika untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada BN, saya membantah. Kerja menarik undi bukan Melayu terutama Cina kepada BN adalah kerja MCA. Jika UMNO ingin menarik undi Cina dengan melepaskan lagi hak dan kepentingan Melayu, itu adalah tindakan yang silap dan akan menyebabkan orang Melayu lari dari UMNO. Sedarlah bahawa hati orang Melayu bagai dihiris-hiris dengan langkah ini.

Saya mencadangkan:-

Tidak perlu majukan Kg Baru, tukarkan ke kawasan pelancongan kawasan tradisi Melayu.

Majukan Kg Baru:-

  1. Tidak membuka sedikit ruang pun kepada bukan Melayu.
  2. TH, MAIWP atau pemegang saham Melayu yang besar menjadi pemaju dan/ atau pemilik saham.
  3. Status geran kekal untuk Melayu sahaja.

Saya menulis untuk membantah langkah UMNO!

MASUK KELUAR PAS 1

|
Ketika aku di tingkatan 4 dan 5, aku rajin bersembahyang jemaah di masjid As Saadah kampong aku. Walau umurku muda, namun aku tidak kekok ketika bersama orang-orang tua. Aku juga mempunyai seorang rakan sebaya, Meor yang juga rajin ke masjid dan menolong tok siak. Di masjid inilah tempat aku beramal dan mencari ilmu. Pada sekitar hari raya Haji tahun 97, Cik Dee mengajak aku keluar bersama orang PAS untuk program takbir dari rumah ke rumah ahli-ahli PAS. Aku menaiki van Pakcik Japperi. Bermula dari sinilah aku mula berjinak-jinak dengan orang PAS.

ILMU

Biasanya, selepas selasai beramain bola, mandi dan sembahyang Maghrib, aku akan terus ke masjid. Jika ada peluang, ada tok guru yang mengajar kitab. Antara guru yang aku ingat adalah Ustaz Tahir, Ustaz Shafie, Uztaz Ibrahim, Uztaz Zakaria (abang Idris Ahmad) dan Uztaz Sulaiman. Alhamdulillah, duduk di Malaysia ini kalau rajin ke masjid kita akan mendapat peluang untuk belajar ilmu agama secara percuma. Setiap tok guru akan membuka kitab masing-masing. Ada pakcik yang rajin akan tekun mendengar, yang kurang rajin akan menyandar ke dinding. Aku pun lebih kurang.

Satu pengajaran yang akan terkesan di hati aku adalah hokum menolak Al-Quran walaupun sebaris ayat akan menyebabkan kita jatuh kafir. Ketika aku bersama orang PAS, mereka akan berkata UMNO menolak Al-Quran, maka hukumnya kafir. Begitu juga dengan orang yang memangkah undi apatah lagi menjadi ahli UMNO. Hukum ini diambil dari hokum orang yang tidak meminum arak tetapi menuang arak kepada peminum arak. Bukti UMNO kafir adalah apabila UMNO menolak "Negara Islam dan Hukum Hudud" yang dibawa oleh PAS. Atas ilmu dan bukti di depan mata, maka aku pun menyertai PAS kerana PAS memperjuangkan Islam manakala UMNO pula menolak hokum Islam.

KRISIS EKONOMI

Ketika aku menyertai PAS, ekonomi Negara jatuh teruk kerana serangan penyangak matawang George Soros. Kejatuhan ekonomi memberi satu peluang kepada pembangkang, banyak isu untuk disembang bagi tujuan memburukkan UMNO. Jali, seorang rakan juga dikenali sebagai Mat Sabu merupakan rakan aku bermain bola dan menonton wayang. Jali adalah anak Pak Manap, orang kuat PAS dan sudah tentulah Jali orang kuat PAS. Jali adalah temankku untuk berborak tentang kepincangan politik ketika itu. Isu yang sering dibincang adalah ekonomi Negara jatuh bukan kerana George Soros, tetapi George Boros (Mahathir) dan kisah anak Mahathir, Mirzan yang cuba membunuh diri dengan racun kerana perniagaannya jatuh dan untuk memaksa Mahathir menyuntik kewangan kepada syarikatnya.


PEMECATAN ANWAR

Tahun 98 pula menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan UMNO dan munculnya gelombang reformasi. Aku ketika itu yang sudah menyertai PAS walaupun tidak pernah mengisi borang terus bersemangat untuk berjuang, tambahan pula PAS yang sebelum ini amat membenci Anwar telah berubah dan menerima Anwar sebagai hero yang menentang kronisme, korupsi dan nepotisme. Adil dan Parti Keadilan Nasional ditubuhkan menyemarakkan lagi gelombang reformasi. Malah PKN Perak dilancarkan di Padang Mat Sabu Sg Tapah berhampiran rumah aku. Masih aku ingat Wan Azizah tergagap gagap bercakap.


Rata-rata orang Melayu menyokong PAS/PKN ketika itu dan ini dibuktikan dalam PRU 99. Aku menegaskan di sini bahawa ketika era reformasi aku tetap dengan PAS, walaupun rata-rata orang Melayu tidak dapat membezakan antara PAS dan PKN. Era itu juga menyaksikan siri-siri ceramah PAS/PKR sering dianjurkan di merata Ipoh. Banyak siri ceramah aku ikut. Paling aku suka Mat Sabu kerana beliau memang kelakar dalam ceramahnya. Tetapi jika Mat Sabu berceramah dalam Ipoh di tempat yang berbeza, isi dan modalnya sama. Ketika itu juga, Uztaz Akhil Hayy baru mula berceramah secara bebas dan di atas pentas PAS. Era itu cukup meriah, aku juga sering dijemput oleh penganjur untuk membawa kantung dan mengutip wang jihad dalam siri ceramah PAS. Amat lucu bila dikenang.


PRU 99


Ketika PRU 99, aku dalam tempoh mengambil STPM, tetapi sebagai pejuang Islam aku rela korbankan masa belajar (sebenarnya malas) untuk perjuangan. Ketika hari pengundian, aku menjadi perayu undi PAS. Hari itu aku cukup bersemangat. Tambahan Jali juga ada bersama. Punya bersemangat sehingga aku bergaduh dengan Pakcik Madno dan Makcik Misah. Habis hitam legam kulit aku berjemur merayu undi, tetapi Uztaz Talib kata kulit yang terbakar itu akan dibayar oleh Allah di akhirat kelak. Fuh amat lega mendengarnya. Dan keputusan PRU 99, telah menjadi sejarah yang semua sedia maklum.


bersambung....





360 361

|
Satu malam aku minum bersama guru silat gayongku. Beliau merupakan antara orang lama dalam gayong dan merupakan salah seorang orang kuat arwah Dato Meor. Umur tok guruku sudah melepasi 60 tahun, tapi orangnya masih gagah dan kuat. Kalau tok guru yang mengajar latihan silat, alamat demam urat 3 hari lah dibuatnya aku.

Adat duduk dengan orang tua, aku akan tekun mendengar butir yang disampaikan. Pelbagai cerita yang disampaikan akan aku kutip untuk dijadikan panduan dan pelajaran. Satu cerita yang masih segar dalam ingatan aku. cerita yang rupanya ramai orang sudah lupa dan tidak tahu. cerita yang telah terpendam. cerita yang pertama kali aku dengar. cerita tentang strategi perjuangan orang-orang Melayu.

tok guru berkata, satu masa dahulu, orang-orang melayu berkumpul untuk menentang penubuhan Malayan Union dan British (rujuk posting sebelum ini). dalam perbincangan itu, telah dibuat satu ketetapan bahawa orang-orang Melayu akan menentang British dengan cara "putih", iaitu menentang British dengan menggunakan pelbagai saluran yang tidak akan menumpahkan darah orang Melayu.

Timbul persoalan, selama mana perjuangan putih ini akan diteruskan dan bagaimana pula jika perjuangan putih ini menemui kegagalan. Maka, dibuat ketetapan tambahan pula, jika perjuangan putih menemui jalan buntu, maka perjuangan "merah" yang akan menumpahkan darah di tanah air pula akan mengambil peranan sehingga titisan darah yang terakhir.

Maka, dikumpulkan segala orang-orang silat di dalam perhimpunan ini dan orang-orang silat ini bersedia untuk menumpahkan darah untuk agama, bangsa dan tanah air sekiranya jalan putih menemui kebuntuan.

Dan, lahirlah UMNO sebagai perjuangan putih orang Melayu dengan nombor pendaftaran 360, diiringi dengan pendaftaran perjuangan merah orang Melayu dengan nombor pendaftaran 361.

Terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar aku sejarah yang benar!

Pertubuhan Melayu

|
Ketika saya aktif dalam PAS, saya amat percaya tuduhan rekaan PAS bahawa UMNO dicipta oleh British. Benarkah begitu?

Pejabat Tanah Jajahan di London telah menggubal perlembagaan Malayan Union untuk Persekutuan Tanah Melayu. Jika Malayan Union dilaksanakan, maka terhapuslah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang-orang Melyu.

Maka bangkit dan dibangkitkan semangat orang Melayu menentang Malayan Union. Akhbar Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu memainkan peranan. Orang Melayu bangkit berhimpun dan membantah Malayan Union. Bermula di Kedah, Kelantan, Batu Pahat dan seterusnya Raja-Raja Melayu turut membantah.

Zaba, Datuk Panglima Bukit Gantang Wahab dan Dato Onn telah menjemput pemimpin-pemimpin pertubuhan/ persatuan Melayu untuk mengadakan kongres yang bertujuan untuk, menubuhkan pertubuhan Melayu yang besar untuk menentang Malayan Union. Bermula Kongres pertama pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru Kuala Lumpur, dirasmikan Sultan Selangor Sultan Hishamudin Alam Shah, seramai 107 wakil daripada 41 buah pertubuhan.

Akhirnya, pada 11 dan 12 Mei 1946 di Kongres ke 3 di Istana Besar, Johor Bahru dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor (Sultan Ismail) dihadiri 58 wakil dan 30 pemerhati dari 29 pertubuhan, maka kongres dibubarkan, dan UMNO ditubuhkan dengan rasminya. Dengan cogankata "Hidup Melayu".

Apabila saya sedar tuduhan rekaan PAS sama sekali salah, maka saya menyertai UMNO. Jika tuduhan PAS benar, pertubuhan yang manakah ditaja British?

tabik datuk nenek

|
Dengan izin Allah.

Bermula dari Bukit Si Guntang (atau mungkin sebelumnya yang penuh misteri).

Terima kasih saya ucapkan kepada pejuang Melayu terdahulu.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat biasa.

Kerajaan Chin Tu, Langkasuka, Gangga Negara, Samudera Pasai, Perlak, Majapahit, Kelantan Cik Siti Wan Kembang, Pattani, Kedah Tua dan yang lebih awal atau sezaman dengannya.

Kepada kerajaan kesultanan Melaka, Naning, Johor, Riau, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Brunei, Pahang, Sulu dan yang seangkatan dengannya.

Kepada Dato Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Tokku Paloh, Mat Salleh, Rosli Dhobi dan para syuhada yang lain.

Penentang-penentang penjajah dan komunis.

Kepada persatuan-persatuan yang menubuhkan UMNO/ PEKEMBAR.

Atas jasa dan perjuangan datuk nenek terdahulu, yang telah menghasilkan kami orang Melayu Malaysia yang hanya menganut satu agama menyembah satu tuhan. Yang bersaudara dengan saudara dari rumpun Nusantara, bersaudara dengan umat Islam sedunia.

Yang akan meneruskan perjuangan yang datuk nenek bawa dahulu, untuk membawa bangsa ini ke mercu yang lebih tinggi, sepertimana yang telah datuk nenek tunjukkan kepada kami dahulu, sepertimana yang dikendaki oleh Ilahi.

Terima kasih kerana meninggalkan banyak panduan dalam pelbagai bentuk, walaupun banyak yang telah dihapuskan oleh benggali putih (Portugis, Belanda, British), untuk kami jadikan panduan, tauladan dan petunjuk.

Dengan izin Allah, akan diteruskan selagi akal dan badan ini tidak mengalah.

Perjuangan UMNO belum selesai.

aku ini Melayu, seperti kamu Melayu

|
Aku ini bangsa Melayu, seperti kamu bangsa Melayu.
Tapi apa yang kamu faham tentang Melayu.

Jika dibuka wikipedia, Melayu ini bangsa yang unik. Asalnya ada empat (4) bangsa yang besar iaitu kaukasia (eropah), eutopia (afrika), indian (amerika) dan mongolia (cina dan mata sepet, Melayu tergolong dalam golongan ini). Kemudian ada sarjana berpendapat bahawa Melayu ini adalah bangsa yang kelima (5), tidak termasuk dalam mongolia. Ramai yang setuju. Baca juga tulisan-tulisan oleh ahli antropologi dan sosiologi, sejarawan dan pakar bahasa tentang teori kewujudan bangsa Melayu.

Bangsa Melayu ini tinggal di kepulauan Nusantara dan kepulauan yang sekitarnya sehingga Hawaii. Bangsa ini mahir belayar, bayangkan kepulauan seperti Australia, New Zealand, Hawaii, Fiji, Bora-Bora dan lain-lain pulau berjaya mereka sampai ribuan tahun dahulu, sudah tentunya ketika itu ilmu pelayaran tidak sehebat zaman kebangkitan eropah. Sebab itu Awang atau Hendry The Black ada bersama mengelilingi dunia.

Bangsa ini berkulit sawa matang dan berhidung penyek pelepah kelapa. Selain belayar, bangsa ini juga mahir berdagang, sebab itu kepulauan Nusantara sentiasa menjadi tumpuan dagangan, dan kehebatan Melaka diakui hingga sekarang.

Asalnya bangsa ini beragama animisme, kemudian ada yang buddha ada yang hindu, bergantung kepada agama yang dianuti sultan masing-masing.

Hari ini, di negara Persekutuan Malaysia, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu. Di sini selain Melayu ada banjar, jawa, mandeiling, rawa, champa, bugis, acheh dan lain-lain lagi. Melayukah mereka?

Nak menjawab soalan ini amat mudah, rujuk Perlembagaan Persekutuan 1948. orang Melayu itu mestilah bercakap dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu dan beragama Islam. Amat ringkas takrifannya, dan amat mudah untuk memahaminya.

Jadinya, keturunan dari kepulauan Nusantara di Malaysia sudah tentu Melayu, begitu juga dengan keturunan Cina, keturunan India dan keturunan bangsa lain. Lagipun muka bangsa ini mudah dikenali. Seperti kata pejuang pluralisme agama dan pendakwah Kristian, hendak mengenali orang Islam di Semenanjung Malaysia mudah, jika rupanya Melayu Islamlah dia.

Satu lagi, bangsa Melayu tiada yang beragama selain Islam dan tidak menerima selain dari agama Islam untuk menjadi Melayu. Sebab itu baba dan nyonya yang boleh berdondang sayang dan mengamalkan cara hidup Melayu adalah bukan Melayu kerana mereka bukan beragama Islam. Tentunya Islam sudah sebati dalam cara hidup orang Melayu.

Itulah Melayu pada aku dan alangkah uniknya bangsa aku ini.