tabik datuk nenek

|
Dengan izin Allah.

Bermula dari Bukit Si Guntang (atau mungkin sebelumnya yang penuh misteri).

Terima kasih saya ucapkan kepada pejuang Melayu terdahulu.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat biasa.

Kerajaan Chin Tu, Langkasuka, Gangga Negara, Samudera Pasai, Perlak, Majapahit, Kelantan Cik Siti Wan Kembang, Pattani, Kedah Tua dan yang lebih awal atau sezaman dengannya.

Kepada kerajaan kesultanan Melaka, Naning, Johor, Riau, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Brunei, Pahang, Sulu dan yang seangkatan dengannya.

Kepada Dato Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Tokku Paloh, Mat Salleh, Rosli Dhobi dan para syuhada yang lain.

Penentang-penentang penjajah dan komunis.

Kepada persatuan-persatuan yang menubuhkan UMNO/ PEKEMBAR.

Atas jasa dan perjuangan datuk nenek terdahulu, yang telah menghasilkan kami orang Melayu Malaysia yang hanya menganut satu agama menyembah satu tuhan. Yang bersaudara dengan saudara dari rumpun Nusantara, bersaudara dengan umat Islam sedunia.

Yang akan meneruskan perjuangan yang datuk nenek bawa dahulu, untuk membawa bangsa ini ke mercu yang lebih tinggi, sepertimana yang telah datuk nenek tunjukkan kepada kami dahulu, sepertimana yang dikendaki oleh Ilahi.

Terima kasih kerana meninggalkan banyak panduan dalam pelbagai bentuk, walaupun banyak yang telah dihapuskan oleh benggali putih (Portugis, Belanda, British), untuk kami jadikan panduan, tauladan dan petunjuk.

Dengan izin Allah, akan diteruskan selagi akal dan badan ini tidak mengalah.

Perjuangan UMNO belum selesai.

aku ini Melayu, seperti kamu Melayu

|
Aku ini bangsa Melayu, seperti kamu bangsa Melayu.
Tapi apa yang kamu faham tentang Melayu.

Jika dibuka wikipedia, Melayu ini bangsa yang unik. Asalnya ada empat (4) bangsa yang besar iaitu kaukasia (eropah), eutopia (afrika), indian (amerika) dan mongolia (cina dan mata sepet, Melayu tergolong dalam golongan ini). Kemudian ada sarjana berpendapat bahawa Melayu ini adalah bangsa yang kelima (5), tidak termasuk dalam mongolia. Ramai yang setuju. Baca juga tulisan-tulisan oleh ahli antropologi dan sosiologi, sejarawan dan pakar bahasa tentang teori kewujudan bangsa Melayu.

Bangsa Melayu ini tinggal di kepulauan Nusantara dan kepulauan yang sekitarnya sehingga Hawaii. Bangsa ini mahir belayar, bayangkan kepulauan seperti Australia, New Zealand, Hawaii, Fiji, Bora-Bora dan lain-lain pulau berjaya mereka sampai ribuan tahun dahulu, sudah tentunya ketika itu ilmu pelayaran tidak sehebat zaman kebangkitan eropah. Sebab itu Awang atau Hendry The Black ada bersama mengelilingi dunia.

Bangsa ini berkulit sawa matang dan berhidung penyek pelepah kelapa. Selain belayar, bangsa ini juga mahir berdagang, sebab itu kepulauan Nusantara sentiasa menjadi tumpuan dagangan, dan kehebatan Melaka diakui hingga sekarang.

Asalnya bangsa ini beragama animisme, kemudian ada yang buddha ada yang hindu, bergantung kepada agama yang dianuti sultan masing-masing.

Hari ini, di negara Persekutuan Malaysia, apakah yang dimaksudkan dengan Melayu. Di sini selain Melayu ada banjar, jawa, mandeiling, rawa, champa, bugis, acheh dan lain-lain lagi. Melayukah mereka?

Nak menjawab soalan ini amat mudah, rujuk Perlembagaan Persekutuan 1948. orang Melayu itu mestilah bercakap dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu dan beragama Islam. Amat ringkas takrifannya, dan amat mudah untuk memahaminya.

Jadinya, keturunan dari kepulauan Nusantara di Malaysia sudah tentu Melayu, begitu juga dengan keturunan Cina, keturunan India dan keturunan bangsa lain. Lagipun muka bangsa ini mudah dikenali. Seperti kata pejuang pluralisme agama dan pendakwah Kristian, hendak mengenali orang Islam di Semenanjung Malaysia mudah, jika rupanya Melayu Islamlah dia.

Satu lagi, bangsa Melayu tiada yang beragama selain Islam dan tidak menerima selain dari agama Islam untuk menjadi Melayu. Sebab itu baba dan nyonya yang boleh berdondang sayang dan mengamalkan cara hidup Melayu adalah bukan Melayu kerana mereka bukan beragama Islam. Tentunya Islam sudah sebati dalam cara hidup orang Melayu.

Itulah Melayu pada aku dan alangkah uniknya bangsa aku ini.

permulaan penjelajahan

|
hari ini akan menjadi sejarah.
hari ini aku menjadi blogawan.
bermula hari ini aku akan mula menulis pandangan dan pengetahuan yang aku ada untuk disampaikan dalam dunia siber.
pandangan dan pengetahuan aku tentang perjuangan alif ba ta (agama bangsa dan tanah air).
perjuangan yang akan sentiasa dijunjung.

perjuangan yang berdasarkan pesan datuk nenek

"Hidup dikandung adat
Mati dikandung bumi
Adat nan tehunjam ko bumi
Adat nan toserundak ko langit
Adat bosondikan syarak
Syarak bosondikan kitab Allah
Adat biar mati anak
adat jangan mati anak"