Sukarelawan Ke Gaza

|
Mengapa begitu buruk sekali layanan Israel kepada sukarelawan dunia yang datang ke Gaza dengan satu tujuan, memberi bantuan kemanusiaan. Pelbagai cerita telah kita dengar melalui tv, akhbar, dan internet bagaimana Israel berusaha untuk menggagalkan rakyat Gaza mendapat bantuan dari luar.


Sudah lah tanah rakyat Palestin di rampas, bila bantuan hendak diberikan, Israel sekat untuk menambahkan derita rakyat Palestin.

Tetapi syukur, operasi membuka kepungan di Gaza telah membuahkan hasil. Mavi Marmara dan Rachel Corrie telah membuka laluan. Insyallah selepas ini lebih banyak bantuan kemanusiaan akan datang ke Gaza. Baca ini:-

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/07/breaking-seige-call-for-action.html.

Saya yakin layanan Israel kepada bantuan kemanusiaan akan tetap sama. Tetapi jika banyak bantuan kemanusiaan ke sana, mungkin Israel akan berlembut untuk mengurangkan kutukan antarabangsa ke atas negaranya.

Sebaliknya, saya tertanya bagaimana jika Anwar Ibrahim ke Israel. Mungkin 21 das tembakan meriam akan menyambutnya.

Islam Menganjurkan Keganasan

|
Zionis telah berjaya melabelkan Islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan dipercayai oleh majoriti masyarakat dunia. Melabel sahaja tidak akan berjaya jika tidak disertai dengan bukti sokongan.

Umat Islam berasa marah apabila dilabel sebagai pengganas. Tetapi tindakan mengebom diri dan membunuh orang awam sebagai tentangan kepada musuh adalah perbuatan pengganas dan sangat bodoh. Amat kasihan kepada orang yang percaya bahawa syurga menanti jika mengebom diri dan membunuh orang awam yang menyokong musuh.

Contoh keganasan adalah seperti dibawah yang saya petik dari http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/07/am-lakum-kitaabun-part-1.html:-

Here is some news from Kyrgyzstan – the latest flash point in the Islamic world where Kyrgyz Sunni Muslims are killing Uzbek Sunni Muslims and vice versa.


“More than 100,000 ethnic Uzbeks fled southern Kyrgyzstan . . . ethnic violence. . . Uzbek homes destroyed . . . hundreds killed”


And here are more “stories from hell” from Pakistan too :


At least 18 people (Shiah) have been killed in an apparent suicide bombing at a Muslim shrine in Pakistan, rescuers say.


Here Sunni Muslims are willing to blow themselves up (suicide bombings) just so that they can kill Shiah Muslims. What a great community. Such fantastic neighbours. Here is one more, also from Pakistan:


“At least 40 people were killed . . terrorists assailed two Ahmadi’s worship places (Qadiani) with hand grenades . . in Lahore”


This one has Sunnis killing Qadianis, also in Pakistan. And these are the folks who claim that they want to save the world. They do have a sense of humour.


Apa pendapat anda. Bagi saya ajaran Islam yang dibawa oleh pengganas ini sangat bertentangan dengan Islam. Ini berpunca daripada kehebatan mereka mencabar Allah dan mencipta kitab yang lebih baik daripada Al-Quran. Akhirnya, menyebabkan Islam dipandang hina dan ajaran yang sebenarnya tidak dapat dihayati.

Percaya atau tidak, orang Islam yang mati dibunuh oleh orang Islam sendiri adalah lebih ramai daripada orang Islam yang mati dibunuh oleh rejim Zionis.

Saya juga berasa runsing kerana di negara kita telah bercambah pengganas atas nama Islam.

Semoga Allah menyelamatkan kita.


Andai kau tahu

|
seperti biasa membaca artikel dalam chedet.

artikel ini http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/judi.html#more, amat menyentuh hati saya.

sedih mengenangkan orang Melayu yang tidak faham perjuangan UMNO, yang mempertahankan dan memajukan bangsa Melayu.


bertambah sedih kerana ditipu oleh orang Melayu dari PAS dan PKR.


Allah, mengapalah bangsaku Melayu menjadi begitu...