MASUK KELUAR PAS 1

|
Ketika aku di tingkatan 4 dan 5, aku rajin bersembahyang jemaah di masjid As Saadah kampong aku. Walau umurku muda, namun aku tidak kekok ketika bersama orang-orang tua. Aku juga mempunyai seorang rakan sebaya, Meor yang juga rajin ke masjid dan menolong tok siak. Di masjid inilah tempat aku beramal dan mencari ilmu. Pada sekitar hari raya Haji tahun 97, Cik Dee mengajak aku keluar bersama orang PAS untuk program takbir dari rumah ke rumah ahli-ahli PAS. Aku menaiki van Pakcik Japperi. Bermula dari sinilah aku mula berjinak-jinak dengan orang PAS.

ILMU

Biasanya, selepas selasai beramain bola, mandi dan sembahyang Maghrib, aku akan terus ke masjid. Jika ada peluang, ada tok guru yang mengajar kitab. Antara guru yang aku ingat adalah Ustaz Tahir, Ustaz Shafie, Uztaz Ibrahim, Uztaz Zakaria (abang Idris Ahmad) dan Uztaz Sulaiman. Alhamdulillah, duduk di Malaysia ini kalau rajin ke masjid kita akan mendapat peluang untuk belajar ilmu agama secara percuma. Setiap tok guru akan membuka kitab masing-masing. Ada pakcik yang rajin akan tekun mendengar, yang kurang rajin akan menyandar ke dinding. Aku pun lebih kurang.

Satu pengajaran yang akan terkesan di hati aku adalah hokum menolak Al-Quran walaupun sebaris ayat akan menyebabkan kita jatuh kafir. Ketika aku bersama orang PAS, mereka akan berkata UMNO menolak Al-Quran, maka hukumnya kafir. Begitu juga dengan orang yang memangkah undi apatah lagi menjadi ahli UMNO. Hukum ini diambil dari hokum orang yang tidak meminum arak tetapi menuang arak kepada peminum arak. Bukti UMNO kafir adalah apabila UMNO menolak "Negara Islam dan Hukum Hudud" yang dibawa oleh PAS. Atas ilmu dan bukti di depan mata, maka aku pun menyertai PAS kerana PAS memperjuangkan Islam manakala UMNO pula menolak hokum Islam.

KRISIS EKONOMI

Ketika aku menyertai PAS, ekonomi Negara jatuh teruk kerana serangan penyangak matawang George Soros. Kejatuhan ekonomi memberi satu peluang kepada pembangkang, banyak isu untuk disembang bagi tujuan memburukkan UMNO. Jali, seorang rakan juga dikenali sebagai Mat Sabu merupakan rakan aku bermain bola dan menonton wayang. Jali adalah anak Pak Manap, orang kuat PAS dan sudah tentulah Jali orang kuat PAS. Jali adalah temankku untuk berborak tentang kepincangan politik ketika itu. Isu yang sering dibincang adalah ekonomi Negara jatuh bukan kerana George Soros, tetapi George Boros (Mahathir) dan kisah anak Mahathir, Mirzan yang cuba membunuh diri dengan racun kerana perniagaannya jatuh dan untuk memaksa Mahathir menyuntik kewangan kepada syarikatnya.


PEMECATAN ANWAR

Tahun 98 pula menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan UMNO dan munculnya gelombang reformasi. Aku ketika itu yang sudah menyertai PAS walaupun tidak pernah mengisi borang terus bersemangat untuk berjuang, tambahan pula PAS yang sebelum ini amat membenci Anwar telah berubah dan menerima Anwar sebagai hero yang menentang kronisme, korupsi dan nepotisme. Adil dan Parti Keadilan Nasional ditubuhkan menyemarakkan lagi gelombang reformasi. Malah PKN Perak dilancarkan di Padang Mat Sabu Sg Tapah berhampiran rumah aku. Masih aku ingat Wan Azizah tergagap gagap bercakap.


Rata-rata orang Melayu menyokong PAS/PKN ketika itu dan ini dibuktikan dalam PRU 99. Aku menegaskan di sini bahawa ketika era reformasi aku tetap dengan PAS, walaupun rata-rata orang Melayu tidak dapat membezakan antara PAS dan PKN. Era itu juga menyaksikan siri-siri ceramah PAS/PKR sering dianjurkan di merata Ipoh. Banyak siri ceramah aku ikut. Paling aku suka Mat Sabu kerana beliau memang kelakar dalam ceramahnya. Tetapi jika Mat Sabu berceramah dalam Ipoh di tempat yang berbeza, isi dan modalnya sama. Ketika itu juga, Uztaz Akhil Hayy baru mula berceramah secara bebas dan di atas pentas PAS. Era itu cukup meriah, aku juga sering dijemput oleh penganjur untuk membawa kantung dan mengutip wang jihad dalam siri ceramah PAS. Amat lucu bila dikenang.


PRU 99


Ketika PRU 99, aku dalam tempoh mengambil STPM, tetapi sebagai pejuang Islam aku rela korbankan masa belajar (sebenarnya malas) untuk perjuangan. Ketika hari pengundian, aku menjadi perayu undi PAS. Hari itu aku cukup bersemangat. Tambahan Jali juga ada bersama. Punya bersemangat sehingga aku bergaduh dengan Pakcik Madno dan Makcik Misah. Habis hitam legam kulit aku berjemur merayu undi, tetapi Uztaz Talib kata kulit yang terbakar itu akan dibayar oleh Allah di akhirat kelak. Fuh amat lega mendengarnya. Dan keputusan PRU 99, telah menjadi sejarah yang semua sedia maklum.


bersambung....





360 361

|
Satu malam aku minum bersama guru silat gayongku. Beliau merupakan antara orang lama dalam gayong dan merupakan salah seorang orang kuat arwah Dato Meor. Umur tok guruku sudah melepasi 60 tahun, tapi orangnya masih gagah dan kuat. Kalau tok guru yang mengajar latihan silat, alamat demam urat 3 hari lah dibuatnya aku.

Adat duduk dengan orang tua, aku akan tekun mendengar butir yang disampaikan. Pelbagai cerita yang disampaikan akan aku kutip untuk dijadikan panduan dan pelajaran. Satu cerita yang masih segar dalam ingatan aku. cerita yang rupanya ramai orang sudah lupa dan tidak tahu. cerita yang telah terpendam. cerita yang pertama kali aku dengar. cerita tentang strategi perjuangan orang-orang Melayu.

tok guru berkata, satu masa dahulu, orang-orang melayu berkumpul untuk menentang penubuhan Malayan Union dan British (rujuk posting sebelum ini). dalam perbincangan itu, telah dibuat satu ketetapan bahawa orang-orang Melayu akan menentang British dengan cara "putih", iaitu menentang British dengan menggunakan pelbagai saluran yang tidak akan menumpahkan darah orang Melayu.

Timbul persoalan, selama mana perjuangan putih ini akan diteruskan dan bagaimana pula jika perjuangan putih ini menemui kegagalan. Maka, dibuat ketetapan tambahan pula, jika perjuangan putih menemui jalan buntu, maka perjuangan "merah" yang akan menumpahkan darah di tanah air pula akan mengambil peranan sehingga titisan darah yang terakhir.

Maka, dikumpulkan segala orang-orang silat di dalam perhimpunan ini dan orang-orang silat ini bersedia untuk menumpahkan darah untuk agama, bangsa dan tanah air sekiranya jalan putih menemui kebuntuan.

Dan, lahirlah UMNO sebagai perjuangan putih orang Melayu dengan nombor pendaftaran 360, diiringi dengan pendaftaran perjuangan merah orang Melayu dengan nombor pendaftaran 361.

Terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar aku sejarah yang benar!