360 361

|
Satu malam aku minum bersama guru silat gayongku. Beliau merupakan antara orang lama dalam gayong dan merupakan salah seorang orang kuat arwah Dato Meor. Umur tok guruku sudah melepasi 60 tahun, tapi orangnya masih gagah dan kuat. Kalau tok guru yang mengajar latihan silat, alamat demam urat 3 hari lah dibuatnya aku.

Adat duduk dengan orang tua, aku akan tekun mendengar butir yang disampaikan. Pelbagai cerita yang disampaikan akan aku kutip untuk dijadikan panduan dan pelajaran. Satu cerita yang masih segar dalam ingatan aku. cerita yang rupanya ramai orang sudah lupa dan tidak tahu. cerita yang telah terpendam. cerita yang pertama kali aku dengar. cerita tentang strategi perjuangan orang-orang Melayu.

tok guru berkata, satu masa dahulu, orang-orang melayu berkumpul untuk menentang penubuhan Malayan Union dan British (rujuk posting sebelum ini). dalam perbincangan itu, telah dibuat satu ketetapan bahawa orang-orang Melayu akan menentang British dengan cara "putih", iaitu menentang British dengan menggunakan pelbagai saluran yang tidak akan menumpahkan darah orang Melayu.

Timbul persoalan, selama mana perjuangan putih ini akan diteruskan dan bagaimana pula jika perjuangan putih ini menemui kegagalan. Maka, dibuat ketetapan tambahan pula, jika perjuangan putih menemui jalan buntu, maka perjuangan "merah" yang akan menumpahkan darah di tanah air pula akan mengambil peranan sehingga titisan darah yang terakhir.

Maka, dikumpulkan segala orang-orang silat di dalam perhimpunan ini dan orang-orang silat ini bersedia untuk menumpahkan darah untuk agama, bangsa dan tanah air sekiranya jalan putih menemui kebuntuan.

Dan, lahirlah UMNO sebagai perjuangan putih orang Melayu dengan nombor pendaftaran 360, diiringi dengan pendaftaran perjuangan merah orang Melayu dengan nombor pendaftaran 361.

Terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar aku sejarah yang benar!

0 comments:

Post a Comment