tabik datuk nenek

|
Dengan izin Allah.

Bermula dari Bukit Si Guntang (atau mungkin sebelumnya yang penuh misteri).

Terima kasih saya ucapkan kepada pejuang Melayu terdahulu.
Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat biasa.

Kerajaan Chin Tu, Langkasuka, Gangga Negara, Samudera Pasai, Perlak, Majapahit, Kelantan Cik Siti Wan Kembang, Pattani, Kedah Tua dan yang lebih awal atau sezaman dengannya.

Kepada kerajaan kesultanan Melaka, Naning, Johor, Riau, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Brunei, Pahang, Sulu dan yang seangkatan dengannya.

Kepada Dato Maharajalela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Tokku Paloh, Mat Salleh, Rosli Dhobi dan para syuhada yang lain.

Penentang-penentang penjajah dan komunis.

Kepada persatuan-persatuan yang menubuhkan UMNO/ PEKEMBAR.

Atas jasa dan perjuangan datuk nenek terdahulu, yang telah menghasilkan kami orang Melayu Malaysia yang hanya menganut satu agama menyembah satu tuhan. Yang bersaudara dengan saudara dari rumpun Nusantara, bersaudara dengan umat Islam sedunia.

Yang akan meneruskan perjuangan yang datuk nenek bawa dahulu, untuk membawa bangsa ini ke mercu yang lebih tinggi, sepertimana yang telah datuk nenek tunjukkan kepada kami dahulu, sepertimana yang dikendaki oleh Ilahi.

Terima kasih kerana meninggalkan banyak panduan dalam pelbagai bentuk, walaupun banyak yang telah dihapuskan oleh benggali putih (Portugis, Belanda, British), untuk kami jadikan panduan, tauladan dan petunjuk.

Dengan izin Allah, akan diteruskan selagi akal dan badan ini tidak mengalah.

Perjuangan UMNO belum selesai.