Taraf Hidup Rakyat Malaysia

|
komen dalam group prowaris


teruk ke taraf hidup di Malaysia?

dalam hidup ini, ada dua benda, pertama barang keperluan, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
kedua barang kehendak, selain 3 perkara di atas.

setiap individu atau keluarga, apabila mendapat gaji, akan mengutamakan makanan, pakaian dan tempat tinggal dahulu.
bila dapat gaji, peruntukan 3 perkara ini akan didahulukan.

soalnya berapa jumlah yang perlu diperuntukkan?
jumlah diperuntukkan bergantung kepada pendapatan individu atau isi rumah.
perlu memakai konsep, ukur baju di badan sendiri.
yang berpendapatn rendah akan membeli barangan keperluan mengikut pendapatan mereka.
yang sederhana ikut cara sederha, yang mewah ikut cara yang mewah.

yang berpendapatan rendah, duduk di rumah kos rendah, makanan sesuai dengan pendapatan dan pakaian belilah di mydin atau kedai pakaian murah.

yang berpendapatan sederhana, duduk di rumah teres dua tingkat, bolehlah makan di Dome, Starbucks, Sekinchan Ikan Bakar kerana makanan asasi pasti boleh dibeli, pakaian pula anak anak bolehlah pakai KIKO Cartoon World, Mak pakai tudung Ariani, Beg Guess, bapak baju Dockers, kasut Bonia. sekali sekali beli LV Gucci Prada. Setiap tahun boleh melancong ke luar negara.

yang mewah, tak perlu diceritakan, semuanya mewah.

selepas selesai barang keperluan, barulah beli barang kehendak.
barang kehendak itu tidak perlu untuk hidup, termasuk TV, handphone, sport rim kereta, i pad, dan lain -lain.
malas nak dinyatakan.


untuk taraf hidup rakyat Malaysia, saya katakan taraf hidup kita lebih baik daripada tahun 80an.

tahun 80an, kerani ke pejabat naik motor, penuh parking motor.
hari ini kerani berkereta, penuh parking kereta, pelawat susah hendak parking ke pejabat kerajaan.

dahulu, bukan semua rumah ada TV, kini semua rumah wajib ada TV.
jangan terkejut kalau ke rumah kerani pun memakai TV flat screen. 42 inci lagi.

DVD player wajib ada.

handphone, bukan setakat mak bapak, semua anak-anak dah ada handphone.

budak-budak prowaris?
wajib ada bb, i phone dan i pad. barulah KL.

di rumah, rata rata rumah ada air cond.

sedikit contoh, tapi dapat menggambarkan taraf hidup rakyat Malaysia yang sudah meningkat.
tahniah kerajaan BN.

yang mengatakan taraf hidup rakyat susah, orang politik dari pembangkang.
tujuan hanya satu, untuk mendapatkan undi.
amu akan dapat undi, dari rakyat yang boros tidak tahu menguruskan perbelanjaan diri atau keluarga.

sedang pembangkang kata rakyat susah, sambutan untuk benda kehendak bertambah.
wayang, bukan barang keperluan, tetapi kehendak.
bila sudah lepas keperluan, maka kehendak akan dicari.

hantu kak limah, 8 juta
kongsi 7 juta
adnan sempit 7 juta
nur kasih 3.5 juta
cerita lain dah lupa
owh dua alam 800 000 ribu ahahhaah

itu dapat memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia sekarang tidaklah susah.
sebagaimana diceritakan pembangkang
kalau susah, barang keperluan susah hendak dibeli
barang kehendak, lagilah tidak dibeli.

yang susah ditolong.
yang menyusahkan diri, sila pergi ke AKPK

0 comments:

Post a Comment