IPP, Subsidi RM19b dan Subsidi Gula RM116j Untuk Rakyat Dipotong

|
ini dalam Prowaris. perbincangan profesional Melayu.
diorang ni apah pon tak paham pasal IPP.
subsidi untuk IPP.
main hentam kata subsidi untuk kroni.
banyak sangat baca harakah.

kredit to aznan ali, perbincangan 2008




KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.
Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

salam profesional Melayu.
meleret bersembang nampak, pokok perbincangan tidak disentuh.

subsidi IPP, RM19b setahun
RM116j subsidi gula dipotong.
apa punya kerajaan la.
wave kedua wave kedua.
BN zalim.
inflasi terkawal.
warisan yahudi-kristian.


elektrik adalah keperluan asas.
untuk rumah, pejabat dan industri
mana datang elektrik?
dijana melalui turbin-turbin empangan.

soalnya, cukup ke bekalan elektrik yang dijana empangan, untuk rumah, pejabat dan industri?
tahun 80an, ekonomi berkembang pesat.
semakin banyak rumah dimasukkan elektrik.
perumahan bertambah.
pejabat kerajaan bertambah.
pejabat swasta bertambah.
kilang-kilang bertambah.
semua nak pakai elektrik

alamak! bekalan elekttrik negara tidak mencukupi.
naya negara kita.
takkan nak kilang beroperasi, rumah pejabat bergelap.
atau sebaliknya.
ini tidak bijak mengurus negara.

macam rumah kenduri kahwin, elektrik sikit, tapi pakai sumbat banyak plug.
ah! nak karaoke pun susah tak cukup elektrik

solusi!
tambah bekalan elektrik.
bagaimana?
kincir angin. ini bukan Holland

IPP.
solusi mudah. tapi mahal.
billion untuk buat satu IPP.
kerajaan ada duit, tapi kalau buat IPP, tidak dapat peruntukkan untuk benda lain.
kalau tak de peruntukan untuk MARA, mana anak Melayu nak belajar.
adus.

solusi!
biar swasta keluar duit buat IPP.

siapa swasta tu?
RM1b bukan sikit.
kalau buat loan bank pun dapat 80% sahaja.
swasta masih perlu keluar RM200j.

hanya syarikat yang berkelayakan sahaja ada RM200j dan mampu buat IPP.

swasta, sila buat IPP.
kami kerajaan akan beli elektrik dari anda.
dont worry, gerenti kerana kerajaan nak tampung kapisiti bekalan elektrik yang meningkat.

swasta pun keluar duit sendiri.
dan pinjam bank.

maka pembinaan IPP pun bermula.
ekonomi rancak.
bank dapat beri pinjaman.
hasil negara berkembang.
Sila rujuk Projek RM600j dan Makcik Jual Kerepek.

siap IPP.
IPP sudah siap.

kerajaan lega.
dapat bekalkan elektrik untuk kegunaan domestik dan industri.
pengusaha IPP akan jual elektrik pada TNB.

pengusaha IPP kata, kerajaan bahan untuk menjana IPP mahal.
kami terpaksa jual elektrik pada harga yang mahal.

kerajaan kata, kalau kamu jual elektrik mahal, maka
pengguna domestik dan industri akan membayar bil elektrik yang tinggi.
ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang yang melampau.
semua barang akan naik.

solusi !
pengusaha IPP, kami akan beri kamu subsidi untuk membeli bahan menjana elektrik.
jadi kos kamu berkurangan.
dan kamu dapat jual elektrik yang murah kepada kami.
kami dapat bekalkan elektrik yang murah pada pengguna domestik dan industri.
maka harga barang akan kekal rendah.

subsisi RM19b memang diberi kepada pengusaha IPP,
tapi harus diingat, yang menikmatinya adalah rakyat dan negara.
sebenarnya harus tahu.

sekian

sedikit info tambahan.

ada cara alternatif untuk hasilkan elektrik.
nuklear.
nuke bahaya, sebab waste dia sukar dihapuskan dan memberi kesan kepada alam.

nuke aziz! dia tahu ke IPP tu apa?

hello brader.
kita dah maju bertapak kehadapan.
dijangka bekalan elektrik kita akan mencukupi dalam beberapa tahun lagi.
dan kita akan mengeksport elektrik ke negara luar, Indonesia terdekat.
menggunakan kabel dasar laut!
tapi bahaya kalau gempa.

sebab tu Bakun mesti disiapkan.

0 comments:

Post a Comment