Kesesakan pagi Di KL

|

Hari Isnin, 04/10/2010.

Aku perlu ke Mahkamah Industri di belakang Dataran Merdeka. Aku bertolak jam 730 pagi dan dijangka sampai sejam kemudian. Waktu begini kenderaan penjawat awam kerajaan akan memenuhi jalan raya. Dari Bandar Hussein Onn, selalu aku melalui Highway Kajang Cheras terus ke Dataran Merdeka. Hari ini aku mahukan cuba kelainan, ikut tol 50 kupang (timur barat) masuk jalan istana turun muzium terus ke Dataran Merdeka. Mungkin lebih cepat.

Sekali, lebih sejam di plaza tol 5 kupang. Puluhan minit langsung tidak bergerak.

Banyaknya kenderaan. Pada aku, faktor banyaknya kenderaan adalah seperti di bawah:-

Pertama adalah sebab negara kita kaya, dan sudah semestinya rakyat juga kaya. Rata-rata pekerja sudah mampu membeli kereta. Cuba pergi ke pejabat kerajaan, kerani juga sudah mampu memiliki kereta. Ini kerana kerja kerajaan gajinya agak lumayan. Berbeza dengan tahun 90an dan sebelumnya, motosikal memenuhi kawasan parking. Harga kereta terpakai juga murah dan dengan gaji waima operator kilang setelah kerja 2 atau tiga tahun, sudah pasti mampu memiliki kereta terpakai. Ramai orang komplen harga kereta di negara kita adalah tinggi untuk menjaga industry kereta tempatan, namun hakikatnya ramai yang mampu memiliki kereta walaupun dikatakan harga tinggi.


 

Kedua, sudah pasti kerana harga minyak yang rendah. Walaupun pembangkang sentiasa mengatakan kerajaan zalim kerana menaikkan harga minyak, namun rakyat masih mampu hidup sejahtera dengan harga minyak sekarang. Tengoklah berapa ramai mat rempit atas jalan, mereka merempit sebab minyak murah, kalau mahal, dua tiga kali mereka akan berfikir untuk merempit.


 

Ketiga, pengangkutan awam yang tidak memuaskan. Benar. Saya tinggal di Hussien Onn, untuk ke stesyen LRT atau Komuter berhampiran, saya perlu menaiki teksi (kos tidak efektif) atau menunggu bas berjam-jam. Letih. Lebih baik menaiki kenderaan sendiri. Kalau hendak berbasikal ke stesyen berhampiran, alamat mandi peluh di awal pagi lah jawabnya. Begitu juga kalau hendak keluar dari ofis untuk tujuan bekerja, menaiki pengangkutan awam akan merosakkan jadual, maka seperti saya, kereta sendiri adalah lebih baik biarpun terpaksa membayar duit parking.


 

Harap ada buluh terbang.


 

0 comments:

Post a Comment