Kemalangan Jalanraya

|
Kita baru dikecohkan dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan di Melaka yang setakat saya menulis artikel ini, telah mengorbankan 15 nyawa. Dalam Buletin Utama, ada saksi mengatakan bas di pandu laju.

Beri penekanan pada kata ini, bas dipandu laju, rakyat marah pemandu yang memandu laju dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas!

Saya mengimbau semula perbualan saya dengan Tan Sri Mufti Perak yang ketika itu baru pulang dari Australia. Isterinya bercerita dengan bangga tentang sikap pemandu Australia yang tertib dan tidak melebihi had laju. Ini kerana terdapat banyak kamera litar tertutup di sepanjang jalan yang akan merakam kesalahan pemandu, dan saman akan dihantar kepada pesalah jalanraya melalui pos (saman ekorlah kalau di Malaysia ini). Ini teknologi yang dimanfaatkan. Teknologi tahu!

Di Malaysia, sikap rakyat Malaysia di atas jalanraya tidak perlu diceritakan. Tapi yang paling menyakitkan hati adalah sikap munafik sebahagian rakyat.

Ambil contoh mudah, pemandu yang suka membuat kesalahan jalanraya, jika ditahan dan dikompaun oleh polis akan mengamuk tidak tentu pasal. Kompaun dan akhirnya saman yang dikenakan tidak menginsafkan, dan percayalah pesalah itu akan mengulang kesalahan yang sama. Tidak perlu meneka, polis jarang membuat operasi. Satu lagi, pesalah yang dikenakan kompaun atau saman nescaya akan menyalahkan BN dan akan mengundi pembangkang.

kalau polis rajin buat operasi pun, munafik yang suka membuat kesalahan pasti akan mengatakan bahawa polis buat operasi sebab kerajaan dah tiada duit, duit telah dihabiskan dengan pembaziran. Oleh itu kerajaan menekan rakyat yang melakukan kesalahan jalanraya untuk mendapatkan duit untuk mengisi tabung yang kosong. Kepala hotak hang! Orang yang sama ini akan mengundi pembangkang.

Baru-baru, kerajaan bercadang untuk menguatkan pelaksanaan saman ekor. Ini bermakna kerajaan memanfaatkan teknologi. Sekali lagi, majoriti masyarakat menentang penggunaan teknologi. Hei apa nak jadi, negara maju sudah kehadapan kita yang sudah ada teknologi sengaja meninggalkan diri ke belakang. Lagi pun yang dikompaun atau saman adalah pesalah, pesalah tahu!

Lebih pelik PAS menyediakan khidmat guaman percuma untuk mereka yang telah kena saman ekor atau nama telah disenarai hitam untuk memperbaharui lesen memandu jika ada saman. Untuk maklumat, mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemandu memperbaharui lesen memandu jika terdapat saman kepada polis.

Hoi, janganlah munafik. Mulakan dari diri anda sendiri.

0 comments:

Post a Comment