PAS, Judi, Munafik dan Negara Islam

|
" Malaysia bukanlah negara Islam. Mana ada negara Islam yang benarkan syarikat judi, arak dan ladang babi beroperasi. UMNO kata hasil kutipan ini sikit. Tapi ikut hukum ia tetap haram. Macam kita makan nasi sekawah, kalau ada taik cicak dalam kawah kita tak akan makan sebab ia kotor. Kalau PAS memerintah, semua premis yang diharamkan Allah akan ditutup."

Ayat di atas adalah susulan selepas Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Rata-rata penceramah PAS mengatakan Malaysia bukan sebuah negara Islam sebab premis-premis judi, arak dan ladang babi wujud dan kerajaan Malaysia mengutip hasil dari perniagaan ini, jesteru, hasil kerajaan adalah dari sumber yang haram.

Saya ketika itu di dalam PAS. Usah dikenanglah bagaimana totoknya kepatuhan/ wala kepada ucapan pemimpin. Ditambah lagi pengisian daripada usrah.

Hari ini, setelah masa berlalu musim silih berganti. Orang PAS pun sudah tidak ingat apa yang pernah mereka katakan di atas. Malah orang PAS sendiri sudah lupa mereka memperjuangkan hudud dan negara Islam.

Baru baru ini kecoh angkara kerajaan Kalipap Guan Eng Pulau Pinang, memberi sumbangan kepada warga emas hasil sumbangan dari syarikat perjudian. Blogger pisau mula mendedahkan dan kemudian isu ini menjadi besar. Pada mula Kalipap menafikan, kemudian bukti sekukuh gunung datang maka diamlah Kalipap.

Maka ustaz-ustaz PAS yang berani mati pun bangun mempertahankan tindakan Kalipap memberi sumbangan yang datang dari syarikat judi adalah tidak salah dan boleh mengikut Islam. Rakan saya dalam status facebook mengatakan orang UMNO bodoh sebab tidak tahu hukum sumbangan dari hasil judi adalah dibenarkan.

Perhatikan ayat di atas. Anda perasan sesuatu yang pelik.

Ini saya ingin memberitahu puak PAS yang bodoh. Dulu kamu kata UMNO menerima hasil dari sumber judi, arak dan ladang babi adalah haram, hari ini kamu pula kata ia boleh dan tidak haram. Apahal ni ustaz bengap. Kejap halal kejap haram. Jelaslah ustaz, kamu mengubah hukum untuk kepentingan politik, memang kamu mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Satu lagi ustaz bengap, baru hari ini ke kamu tahu hukum ini boleh dalam Islam. Dulu kamu tak belajarkah. UMNO lebih tahu tentang hukum ini berbanding kamu.

Sudahlah ustaz, jangan mempergunakan Islam untuk kepentingan politik kamu.

Kemalangan Jalanraya

|
Kita baru dikecohkan dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan di Melaka yang setakat saya menulis artikel ini, telah mengorbankan 15 nyawa. Dalam Buletin Utama, ada saksi mengatakan bas di pandu laju.

Beri penekanan pada kata ini, bas dipandu laju, rakyat marah pemandu yang memandu laju dan berharap kerajaan mengambil tindakan tegas!

Saya mengimbau semula perbualan saya dengan Tan Sri Mufti Perak yang ketika itu baru pulang dari Australia. Isterinya bercerita dengan bangga tentang sikap pemandu Australia yang tertib dan tidak melebihi had laju. Ini kerana terdapat banyak kamera litar tertutup di sepanjang jalan yang akan merakam kesalahan pemandu, dan saman akan dihantar kepada pesalah jalanraya melalui pos (saman ekorlah kalau di Malaysia ini). Ini teknologi yang dimanfaatkan. Teknologi tahu!

Di Malaysia, sikap rakyat Malaysia di atas jalanraya tidak perlu diceritakan. Tapi yang paling menyakitkan hati adalah sikap munafik sebahagian rakyat.

Ambil contoh mudah, pemandu yang suka membuat kesalahan jalanraya, jika ditahan dan dikompaun oleh polis akan mengamuk tidak tentu pasal. Kompaun dan akhirnya saman yang dikenakan tidak menginsafkan, dan percayalah pesalah itu akan mengulang kesalahan yang sama. Tidak perlu meneka, polis jarang membuat operasi. Satu lagi, pesalah yang dikenakan kompaun atau saman nescaya akan menyalahkan BN dan akan mengundi pembangkang.

kalau polis rajin buat operasi pun, munafik yang suka membuat kesalahan pasti akan mengatakan bahawa polis buat operasi sebab kerajaan dah tiada duit, duit telah dihabiskan dengan pembaziran. Oleh itu kerajaan menekan rakyat yang melakukan kesalahan jalanraya untuk mendapatkan duit untuk mengisi tabung yang kosong. Kepala hotak hang! Orang yang sama ini akan mengundi pembangkang.

Baru-baru, kerajaan bercadang untuk menguatkan pelaksanaan saman ekor. Ini bermakna kerajaan memanfaatkan teknologi. Sekali lagi, majoriti masyarakat menentang penggunaan teknologi. Hei apa nak jadi, negara maju sudah kehadapan kita yang sudah ada teknologi sengaja meninggalkan diri ke belakang. Lagi pun yang dikompaun atau saman adalah pesalah, pesalah tahu!

Lebih pelik PAS menyediakan khidmat guaman percuma untuk mereka yang telah kena saman ekor atau nama telah disenarai hitam untuk memperbaharui lesen memandu jika ada saman. Untuk maklumat, mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemandu memperbaharui lesen memandu jika terdapat saman kepada polis.

Hoi, janganlah munafik. Mulakan dari diri anda sendiri.

Kesesakan pagi Di KL

|

Hari Isnin, 04/10/2010.

Aku perlu ke Mahkamah Industri di belakang Dataran Merdeka. Aku bertolak jam 730 pagi dan dijangka sampai sejam kemudian. Waktu begini kenderaan penjawat awam kerajaan akan memenuhi jalan raya. Dari Bandar Hussein Onn, selalu aku melalui Highway Kajang Cheras terus ke Dataran Merdeka. Hari ini aku mahukan cuba kelainan, ikut tol 50 kupang (timur barat) masuk jalan istana turun muzium terus ke Dataran Merdeka. Mungkin lebih cepat.

Sekali, lebih sejam di plaza tol 5 kupang. Puluhan minit langsung tidak bergerak.

Banyaknya kenderaan. Pada aku, faktor banyaknya kenderaan adalah seperti di bawah:-

Pertama adalah sebab negara kita kaya, dan sudah semestinya rakyat juga kaya. Rata-rata pekerja sudah mampu membeli kereta. Cuba pergi ke pejabat kerajaan, kerani juga sudah mampu memiliki kereta. Ini kerana kerja kerajaan gajinya agak lumayan. Berbeza dengan tahun 90an dan sebelumnya, motosikal memenuhi kawasan parking. Harga kereta terpakai juga murah dan dengan gaji waima operator kilang setelah kerja 2 atau tiga tahun, sudah pasti mampu memiliki kereta terpakai. Ramai orang komplen harga kereta di negara kita adalah tinggi untuk menjaga industry kereta tempatan, namun hakikatnya ramai yang mampu memiliki kereta walaupun dikatakan harga tinggi.


 

Kedua, sudah pasti kerana harga minyak yang rendah. Walaupun pembangkang sentiasa mengatakan kerajaan zalim kerana menaikkan harga minyak, namun rakyat masih mampu hidup sejahtera dengan harga minyak sekarang. Tengoklah berapa ramai mat rempit atas jalan, mereka merempit sebab minyak murah, kalau mahal, dua tiga kali mereka akan berfikir untuk merempit.


 

Ketiga, pengangkutan awam yang tidak memuaskan. Benar. Saya tinggal di Hussien Onn, untuk ke stesyen LRT atau Komuter berhampiran, saya perlu menaiki teksi (kos tidak efektif) atau menunggu bas berjam-jam. Letih. Lebih baik menaiki kenderaan sendiri. Kalau hendak berbasikal ke stesyen berhampiran, alamat mandi peluh di awal pagi lah jawabnya. Begitu juga kalau hendak keluar dari ofis untuk tujuan bekerja, menaiki pengangkutan awam akan merosakkan jadual, maka seperti saya, kereta sendiri adalah lebih baik biarpun terpaksa membayar duit parking.


 

Harap ada buluh terbang.