Malik bin Dinar berkisah :
Kata seorang penggembala kambing ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
"Bila mana pemerintahan dipegang oleh seorang khalifah yang soleh,
serigala dan singa tidak mengganggu kambing-kambing kami "
Namun, di kala orang yang soleh telah tiada, semuanya berubah.
Musa bin Ayyan pula mengisahkan,
"Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, demi Allah kami menggembalakan kambing bersama serigala di suatu tempat. Hingga satu malam, serigala menyerang kambing-kambing kami.
Dengan adanya peristiwa ini, kami mengira bahawa laki-laki yang soleh yang menjadi khalifah telah wafat.
Ternyata, keesokan harinya benar. Kami telah mendengar khabar bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat "
(dari buku The Way to Win oleh Solikhin Abu Izzuddin)
Aku tidak percaya cerita ini. Pada aku ini tipikal orang Arab mengagungkan pemimpin mereka.
Serigala dan singa dijadikan Allah memakan daging, dalam kes ini kambing. Kalau pemerintah soleh, serigala dan singa bertukar tak makan daging dia makan apa, bertukar menjadi vege?
Tak percaya aku sebab pemerintah yang soleh boleh mengubah apa yang telah ditetapkan Allah.
Kedua, Nabi Muhammad SAW lebih mulia, tiada diceritakan orang bahawa zaman Baginda punya barakah syafaah sampai serigala tidak makan kambing.
"Bila serigala memakan kambing, bermaksud Khalifah Umar Abdul Aziz sudah wafat". Merepek punya cerita. Allah tetapkan serigala memakan daging/ kambing. Zaman tu serigala tak makan daging takkan bertukar memakan vege. Zaman Rasulullah, yang pasti lebih mulia pun serigala memakan kambing. Tipikal Arab memuja pemimpin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment