Pemuda Umno Bukan Harimau Di Zoo Negara, Tetapi Harimau Yang Gagah Di Banjaran Titiwangsa

|
Fakta. "Harimau yang sedari kecil dipelihara di zoo akan menghadapi kesusahan jika dihantar semula ke hutan dan berkemungkinan akan lebih cepat mati kelaparan kerana naluri pemburu dalam dirinya sudah hilang".

Perlawanan badminton tamat. Pakcik Jib menang kedua-dua set, 21-1, 21-0. Kedua mereka duduk di tepi gelanggang. Ri meneguk 100 plus untuk menghilangkan keletihan. Pakcik Jib memang handallah, Ri cuba memuji.

Ini tak patut berlaku Ri. U muda, semangat tinggi, tapi u tak melawan, u longlai dari awal, lembik., lemah, tinggi sedikit suara Pakcik Jib. Ri tersentak. Ri membalas bahawa Pakcik Jib sudah mengawal permainan dari awal.

Ri, I tahu u muda, pengalaman tak banyak, u tak pandai control court, u banyak bagi bola tanggung, backhand u pun half court. Itu memang adat orang muda. Tapi orang muda semangat melawan mesti tinggi. Ke mana bola pergi mesti kejar, tidak boleh smash pun smash. Itu baru orang muda. Tapi u tidak, u malas kejar bola, u lembik, u cepat tercungap. Bentak Pakcik Jib.

Tapi… belum sempat Ri meneruskan kata, Pakcib Jib terus berkata, u tengok court sebelah. Makcik Ijat tu pandai control court, tapi Rosnah sentiasa bersemangat tinggi. Ini baru orang muda, walaupun Rosnah perempuan Ri. Pengalaman Makcik Ijat ditentang oleh semangat Rosnah. Diorang dah masuk rubber game Ri.

Ri, I pernah main dengan Riz, dia pun macam u muda lagi, pengalaman masih kurang. Tapi dia punya semangat tidak mengalah kuat Ri. Penat juga I nak jinakkan dia.
Ri diam sambil memegang baju. Pakcib Jib menyambung, u pakai baju Gucci Sport mahal-mahal, u pakai raket carbonex paling mahal, shuttle u jenama Yonex, court I dah bagi pada u, coach I dah bagi pada u, tapi u tak manfaatkannya Ri. U tengok Riz, dia main pun kena tempah dewan, coach tiada, shuttle pun recycle punya, tapi dia bersemangat berlatih untuk majukan diri.

I sibuk la Pakcik Jib, takde masa nak turun training, Ri memberi alasan. Ri, u masa u habiskan jadi peragawanlah, berlakon lah, naik yatch la. Itu semua buang masa Ri, u kena selalu training. Ri diam.

Ri,I nasihatkan u untuk improve u punya diri. U kena Ri, this is an order. Kalau tidak Riz dan orang-orang yang semangat macam dia akan gantikan u Ri. Okay Ri, I tak puas berpeluh main dengan u tadi, I nak sambung main dengan Riz pula. Come on young tiger, take your racket. Riz berlari masuk ke gelanggang badminton. Give me some roar young tiger! Aumm Aumm jerit Riz. I cant hear u. Aummmmmmmmmmmmm.

Miauuuuu.

Im not asking u Ri. Beside that is sound of kucing manja, not even a sound of kucing jantan.

Ri diam di luar gelanggang. Dia memerhatikan Pakcik Jib bermain dengan Riz. Riz main dengan penuh semangat orang muda, gagah dan perkasa. Dalam tidak sedar air mata Ri bergenang lalu mengalir. Ri dapat lihat semangat Sang Saka Bangsa dalam diri Riz.

0 comments:

Post a Comment