Punca Rusuhan Di Mesir Dan Lain Lain

|
Jadi status fb aku isnin ini

Negara-negara itu kaya dengan minyak dan subsidi minyak tinggi. Tetapi kelemahan pemimpin, barang keperluan yang sukar diperolehi dan peluang pekerjaan yang sedikit menyebabkan rakyat merusuh menumbangkan pemimpin. Malaysia pula sebaliknya. Barang keperluan mampu dimiliki, peluang pekerjaan memuaskan. Rakyat di sini tidak perlu merusuh. Hanya memberontak untuk mendapatkan barang kehendak yang lebih mahal.

Ini adalah hakikat.
Syukur kita kerana kepimpinan negara berjaya mengurus negara berdasarkan sumber bumi yang tidaklah seberapa.

Tadi di kenduri kahwin bini aku, aku agak terkejut dengan rakan bini aku yang lulusan ijazah mengatakan kita juga perlu memberontak.
Aku sangat tidak bersetuju kerana faktor yang aku nyatakan di atas.

Daripada rakan yang ku kenali, mereka ingin memberontak kerana:-
Kononya boleh mati syahid;
Kononnya ini perjuangan rakyat;
ditipu oleh pemimpin pembangkang;
mereka tidak faham hasil perjuangan UMNO/ BN dan menganggap BN zalim;
dlll

tapi memang aku kesal. rakan bini aku semuanya keluar dari MRSM.
tapi mereka langsung tidak tahu MRSM adalah perjuangan orang Melayu.
perjuangan UMNO.
pada mereka, mereka langsung tidak menerima faedah daripada perjuangan UMNO
oh sangat kesal
mengapa bangsaku menjadi begitu

0 comments:

Post a Comment