Anwar dipecat dari TPM dan Timbalan Presiden UMNO dan dibicarakan atas dua kesalahan.
Cuba tanya penyokong reforrrmasi atau pak lebai PAS, berapa pertuduhan atas Anwar, saya yakin mereka akan berkata Anwar telah dituduh secara konspirasi atas kesalahan meliwat. Cuba tanya, boleh bertanya secara rambang dalam status facebook anda.
Ramai yang terlupa bahawa Anwar juga dituduh atas kesalahan menyalahgunakan kuasa dan didapati bersalah. Lebih penting, kesalahan ini tidak dirayu.
Apakah salahgunaka kuasa yang telah dilakukan oleh Anwar?
Secara ringkas begini, pada 5 Ogos 1997, Ummi Hafilda telah menyerahkan surat kepada Dr Mahathir bertajuk PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA. Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik, ia itu Norlia bte Ali, Intan Dawini bte Ali, Mohd Azman bin Ali, Mohamed Azwan bin Ali dan Ummi Hafilda bte Ali.
Surat ini sampai ke pengetahuan Anwar.
Pada 13 ogos, Anwar arahkan SB untuk menakutkan dan menggempar Ummi Hafilda. Ummi tidak dapat dijumpai.
17 Ogos, Ummi dan Azizan ditemui di rumah Dr Ristina di Bangsar. Eh! Kalau konspirasi kenapa polis tidak sorokkan Ummi dan Azizan di tempat lebih selamat????
18 Ogos, Anwar arahkan SB untuk memaksa Ummi Hafilda membuat surat menarik balik pertuduhan. Anwar arahkan polis untuk tidak mendakwa Ummi kerana tidak mahu publisiti. Anwar arahkan surat penarikan pertuduhan itu hendaklah ditujukan kepada Dr Mahathir.
20 Ogos, SB kata Ummi dan Azizan sudah buat surat penarikan pertuduhan dan diserahkan kepada Dr Mahthir.
27 Ogos, SB kata Dr Mahathir tidak ambil apa-apa tindakan pada Ummi dan Azizan. Senyap Mahathir menakutkan Anwar. Anwar arahkan SB Tmemaksa Ummi dan Azizan membuat surat penarikan kedua yang ditujukan kepada umum dan diposkan kepada dia. Tapi Anwar silap, semua polis pasti akan merekodkan setiap pertemuan mereka.
28 Ogos, SB berjaya medapatkan surat dari Azizan di Kelab Golf Titiwangsa.
29 Ogos, surat dari Ummi di hotel Pan Pac bilik no 1426. Kini Anwar lega.
itulah 17 hari yang menakutkan Anwar TPM.
kepada siapa yang hendak mendapatkan cerita lebih lanjut, sila rujuk disini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/08/anwars-17-nights-of-terror.html
ISNT THAT A BIGGER CONFLICT OF INTEREST?
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment