Solat

|
[1]Takbir.

Dan Tuhan engkau maka besarkanlah (takbir).
Al-Mudatsir: 3



Dan dirikanlah Solat utk Zikir kpd ku.
To Ha: 14.


Sungguh telah berjaya org-org yg mensucikan diri.
dan dia berzikir akan nama Tuhan nya, maka dia bersolat.
Al-A'laa: 14 &15

-------------

Apa yang sebenarnya erti solat bagi anda? Menghampirkan diri kepada Allah?
Merendah diri sehina-hinanya dihadapan Allah? Memohon ampun dengan bersungguh-sungguh dan meminta menjauhkan siksa neraka?

Atau adakah anda bersolat tanpa mengetahui apa yang anda ucapkan?

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan,

Atau adakah anda bersolat seperti orang bisu?

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

Atau adakah anda bersolat tidak tentu masa?

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

Atau adakah anda lalai dan riak ketika mengerjakan solat?

107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,
107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,
107:6. Orang-orang yang menunjuk-nunjukkan,

Adakah anda tahu mengapa anda bersolat? Dapatkah anda rasakan hubungan antara hamba dan tuhan ketika bersolat atau fikiran anda melayang ketika bersolat?

Anda sebenarnya tak perlu mempersoalkan urusan solat orang lain kerana itu adalah ibadah antara hamba dengan tuhannya. Allahlah yang menilai solat hambanya bukan jin dan manusia.

-------------

Amalan Solat dalam Alquran
- Amalan para nabi dan rasul dan orang-orang mukmin yang terdahulu.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

- Tujuan.

2:45. Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,

20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.

- Masa ditentukan (hujah orang solat 3 waktu).

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

- Wuduk/Tayamum diperincikan.
- Ambil wuduk jika berhadas kecil atau menyentuh perempuan.
- Mandi kalau berjunub.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

- Perbuatan solat - berdiri,rukuk dan sujud.
22:77. Wahai orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.

- Bacaan solat ada diberikan contoh.
- Suara.

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

- Perempuan mukmin wajib bersolat sebagaimana mukmin lelaki, tiada cuti.
- Rakaat tiada disebut
------------------------------

Solat Dalam AL-Quran
SALAM...

Dalam surah Huud (11:114)"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."

Solat ditepi siang yang pertama, iaitu seawal fajar ialah Solat Fardu Fajr. Membaca Al-Quran semasa waktu Suboh, iaitu sebelum Solat Fajr adalah Afdal

Solat di tepi siang yang kedua ialah Solat Fardu Wustho. Iaitu sebaik tenggelam Matahari diUfuk Barat sehingga gelap pada awal malam.

Rujuk Surah Al-Baqoroh(2:238)"Peliharalah segala salat (mu), dan (peliharalah) salat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam salatmu) dengan khusyuk.

Rujuk Surah Al-Israa(17:78)"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika terbenam matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) Solat Fajr sesungguhnya Solat Fajr itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

*Pada pendapat saya jika dirujuk mengenai dua tepi siang, maka kedudukan matahari adalah di berkaitan dengan ufuk, maka hanya ada dua ufuk, iaitu ufuk timur ketika matahari naik dan ufuk barat ketika matahari terbenam. Jadi dari semasa matahari terbenam sehinggalah seketika seawal malam adalah jangkawaktu(period) untuk Solat Wustho, manakala kalau diterjemahkan sebegini, iaitu ketika tergelincir matahari sehingga waktu gelap, saya menjadi tertanya-tanya tidakkah waktu permulaan Solat Fardu Wustho menjadi terlalu panjang kerana merangkumi hampir 7jam (sebelum masuk waktu Isya').

Pada saya adalah masuk akal bila ada tiga (3),Permulaannya ialah Solat Fajr (1), maka pertengahannya adalah nombor dua (2) iaitu Solat Wustho dan terakhir, nombor tiga (3) adalah Solat Isya'.

Inilah yang saya dapat ungkapkan apa yang saya faham. Janganlah kerana ini saya dicemuh........ Wallahu a'lam

Ya ALLAH tunjukkan lah aku yang Mu'allaf ini JalanMu yang Lurus...... Istajeeb doa ana ya ALLAh.

0 comments:

Post a Comment