Kisah Minyak Luar dan Kita

|
http://novandri.blogspot.com/2011/05/panas-kenyataan-anwar-ibrahim-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Arab Saudi adalah pengeluar minyak paling utama di dalam dunia. Negara tersebut mengeluarkan kira-kira 10,121,000 tong minyak sehari. Jika dibandingkan, pengeluaran minyak negara Malaysia hanyalah 6% daripada pengeluaran negara Arab Saudi. Manakala populasi negara tersebut kurang sedikit (27,136,977) daripada negara Malaysia.

2. Negara Iran adalah pengeluar minyak keempat terbesar di dunia. Mengikut statistik terbaru, negara Iran mengeluarkan kira-kira 4,250,000 tong minyak sehari. Dan jika dibuat perbandingan, pengeluaran minyak negara kita hanyalah 16% daripada negara Iran. Populasi negara itu ialah kira-kira 77,000,000 orang.

3. Negara Qatar pula mengeluarkan kira-kira 1,213,000 tong minyak sehari. Pengeluaran minyak Malaysia hanya 57% daripada total keseluruhan pengeluaran negara Qatar. Penduduk di negara itu hanyalah 5% (tahun 2020 : 1,696,563) daripada populasi negara Malaysia.

4. Negara Venezuela adalah pengeluar minyak kesebelas terbanyak di dalam dunia. Negara tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 2,800,000 tong sehari (Malaysia hanya 24% daripada total pengeluaran Venezuela). Manakala populasi negara itu hampir sama dengan Malaysia iaitu 29,105,632 .

5. Negara jiran, Brunei pula mengeluarkan kira-kira 200,000 tong minyak sehari. Tetapi kita perlu tahu bahawa populasi penduduk di negara tersebut ialah 401,890 orang (1.3% daripada populasi negara Malaysia) dan keluasan negara hanyalah 5,765km persegi hampir sama saiz dengan negeri Sembilan (6,686km persegi)

Jika kita rujuk kepada statistik di atas,

1. Ternyata bahawa saranan bekas Menteri Kewangan merangkap Penasihat Ekonomi Selangor itu hanyalah mengarut semata-mata.

2. Jika kita merujuk kepada perbandingan pengeluaran minyak Malaysia dengan di negara Arab Saudi (6%), Iran (16%), Venezuela (24%) dan juga populasi negara Qatar (5% daripada Malaysia) dan Brunei (1.3% daripada populasi Malaysia) kita boleh simpulkan bahawa perbandingan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim ternyata tidak adil dan berbau pembohongan.

Dan rasa-rasanya kita boleh katakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim di atas merupakan kenyataan tentang topik ekonomi yang paling low class dan mengarut yang pernah Anwar nyatakan.

MiM hairan pemimpin yang mempunyai pengalaman luas itu boleh merendahkan kredibiliti beliau untuk menyarankan satu perkara yang tidak masuk akal dan menyerlahkan kedangkalan beliau di dalam soal ekonomi negara dan dunia.

Malah, MiM bersimpati kepada mereka yang tertipu dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu termasuk mereka yang menonton berita di atas dan laporan berita yang tersebar luas di dalam portal dan blog-blog pro-pembangkang.

Apakah kita tidak sedar lagi?

0 comments:

Post a Comment