Nasi Lemak Menyihatkan

|
Pada tahun 80an, selalu aku dengar orang tua Melayu meninggal kerana sakit tua, meninggal sebab faktor usia. Mereka bekerja kampung (berpeluh). Memakan makanan tradisi, termasuk nasi lemak. Hari ini, orang Melayu kuat makan dan malas bersenam, datanglah penyakit. Bila sudah sakit disalahkan makanan tradisi Melayu. Hoi! gaya hidup kamu yang tak betul nasi lemak makanan tradisi disalahkan!

status fb hari ini.

masa aku kecik, tahun 80an, bila balik kampung sebab orang meninggal, banyak mereka meninggal sebab sakit tua. sakit tua maksudnya, mereka sudah tua.

masuk tahun 90an, sudah mula kedengaran orang meninggal sebab sakit jantung. sampailah ke hari ini, penyakit tiga serangkai amat sinonim dengan masyarakat kita, terutama orang melayu.

orang tua dulu-dulu kalau makan cukup kuat. masih aku ingat arwah Pak Untung makan macam mana. orang tua dulu juga cergas bekerja kampung.

orang Melayu hari ini kuat makan macam macam. tapi malas bersenam. kalau tidak percaya orang ipoh pergilah ke padang polo setiap petang. yang ramai adalah kaum cina. begitu juga waktu pagi di Bukit Kledang. penuh dengan Cina tua.

kena berubah

1 comments:

ahazeman said...

or melayu kena rajin berkebun bukan berhabis masa ikut gaya org kaya cina di padang polo. semak samun semua menghasilkan oksigen yang segar... jangan asyik bakar je ... heheheh

Post a Comment