Taraf Hidup Rakyat Malaysia

|
komen dalam group prowaris


teruk ke taraf hidup di Malaysia?

dalam hidup ini, ada dua benda, pertama barang keperluan, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
kedua barang kehendak, selain 3 perkara di atas.

setiap individu atau keluarga, apabila mendapat gaji, akan mengutamakan makanan, pakaian dan tempat tinggal dahulu.
bila dapat gaji, peruntukan 3 perkara ini akan didahulukan.

soalnya berapa jumlah yang perlu diperuntukkan?
jumlah diperuntukkan bergantung kepada pendapatan individu atau isi rumah.
perlu memakai konsep, ukur baju di badan sendiri.
yang berpendapatn rendah akan membeli barangan keperluan mengikut pendapatan mereka.
yang sederhana ikut cara sederha, yang mewah ikut cara yang mewah.

yang berpendapatan rendah, duduk di rumah kos rendah, makanan sesuai dengan pendapatan dan pakaian belilah di mydin atau kedai pakaian murah.

yang berpendapatan sederhana, duduk di rumah teres dua tingkat, bolehlah makan di Dome, Starbucks, Sekinchan Ikan Bakar kerana makanan asasi pasti boleh dibeli, pakaian pula anak anak bolehlah pakai KIKO Cartoon World, Mak pakai tudung Ariani, Beg Guess, bapak baju Dockers, kasut Bonia. sekali sekali beli LV Gucci Prada. Setiap tahun boleh melancong ke luar negara.

yang mewah, tak perlu diceritakan, semuanya mewah.

selepas selesai barang keperluan, barulah beli barang kehendak.
barang kehendak itu tidak perlu untuk hidup, termasuk TV, handphone, sport rim kereta, i pad, dan lain -lain.
malas nak dinyatakan.


untuk taraf hidup rakyat Malaysia, saya katakan taraf hidup kita lebih baik daripada tahun 80an.

tahun 80an, kerani ke pejabat naik motor, penuh parking motor.
hari ini kerani berkereta, penuh parking kereta, pelawat susah hendak parking ke pejabat kerajaan.

dahulu, bukan semua rumah ada TV, kini semua rumah wajib ada TV.
jangan terkejut kalau ke rumah kerani pun memakai TV flat screen. 42 inci lagi.

DVD player wajib ada.

handphone, bukan setakat mak bapak, semua anak-anak dah ada handphone.

budak-budak prowaris?
wajib ada bb, i phone dan i pad. barulah KL.

di rumah, rata rata rumah ada air cond.

sedikit contoh, tapi dapat menggambarkan taraf hidup rakyat Malaysia yang sudah meningkat.
tahniah kerajaan BN.

yang mengatakan taraf hidup rakyat susah, orang politik dari pembangkang.
tujuan hanya satu, untuk mendapatkan undi.
amu akan dapat undi, dari rakyat yang boros tidak tahu menguruskan perbelanjaan diri atau keluarga.

sedang pembangkang kata rakyat susah, sambutan untuk benda kehendak bertambah.
wayang, bukan barang keperluan, tetapi kehendak.
bila sudah lepas keperluan, maka kehendak akan dicari.

hantu kak limah, 8 juta
kongsi 7 juta
adnan sempit 7 juta
nur kasih 3.5 juta
cerita lain dah lupa
owh dua alam 800 000 ribu ahahhaah

itu dapat memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia sekarang tidaklah susah.
sebagaimana diceritakan pembangkang
kalau susah, barang keperluan susah hendak dibeli
barang kehendak, lagilah tidak dibeli.

yang susah ditolong.
yang menyusahkan diri, sila pergi ke AKPK

Kisah Minyak Luar dan Kita

|
http://novandri.blogspot.com/2011/05/panas-kenyataan-anwar-ibrahim-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Arab Saudi adalah pengeluar minyak paling utama di dalam dunia. Negara tersebut mengeluarkan kira-kira 10,121,000 tong minyak sehari. Jika dibandingkan, pengeluaran minyak negara Malaysia hanyalah 6% daripada pengeluaran negara Arab Saudi. Manakala populasi negara tersebut kurang sedikit (27,136,977) daripada negara Malaysia.

2. Negara Iran adalah pengeluar minyak keempat terbesar di dunia. Mengikut statistik terbaru, negara Iran mengeluarkan kira-kira 4,250,000 tong minyak sehari. Dan jika dibuat perbandingan, pengeluaran minyak negara kita hanyalah 16% daripada negara Iran. Populasi negara itu ialah kira-kira 77,000,000 orang.

3. Negara Qatar pula mengeluarkan kira-kira 1,213,000 tong minyak sehari. Pengeluaran minyak Malaysia hanya 57% daripada total keseluruhan pengeluaran negara Qatar. Penduduk di negara itu hanyalah 5% (tahun 2020 : 1,696,563) daripada populasi negara Malaysia.

4. Negara Venezuela adalah pengeluar minyak kesebelas terbanyak di dalam dunia. Negara tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 2,800,000 tong sehari (Malaysia hanya 24% daripada total pengeluaran Venezuela). Manakala populasi negara itu hampir sama dengan Malaysia iaitu 29,105,632 .

5. Negara jiran, Brunei pula mengeluarkan kira-kira 200,000 tong minyak sehari. Tetapi kita perlu tahu bahawa populasi penduduk di negara tersebut ialah 401,890 orang (1.3% daripada populasi negara Malaysia) dan keluasan negara hanyalah 5,765km persegi hampir sama saiz dengan negeri Sembilan (6,686km persegi)

Jika kita rujuk kepada statistik di atas,

1. Ternyata bahawa saranan bekas Menteri Kewangan merangkap Penasihat Ekonomi Selangor itu hanyalah mengarut semata-mata.

2. Jika kita merujuk kepada perbandingan pengeluaran minyak Malaysia dengan di negara Arab Saudi (6%), Iran (16%), Venezuela (24%) dan juga populasi negara Qatar (5% daripada Malaysia) dan Brunei (1.3% daripada populasi Malaysia) kita boleh simpulkan bahawa perbandingan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim ternyata tidak adil dan berbau pembohongan.

Dan rasa-rasanya kita boleh katakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim di atas merupakan kenyataan tentang topik ekonomi yang paling low class dan mengarut yang pernah Anwar nyatakan.

MiM hairan pemimpin yang mempunyai pengalaman luas itu boleh merendahkan kredibiliti beliau untuk menyarankan satu perkara yang tidak masuk akal dan menyerlahkan kedangkalan beliau di dalam soal ekonomi negara dan dunia.

Malah, MiM bersimpati kepada mereka yang tertipu dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu termasuk mereka yang menonton berita di atas dan laporan berita yang tersebar luas di dalam portal dan blog-blog pro-pembangkang.

Apakah kita tidak sedar lagi?

IPP, Subsidi RM19b dan Subsidi Gula RM116j Untuk Rakyat Dipotong

|
ini dalam Prowaris. perbincangan profesional Melayu.
diorang ni apah pon tak paham pasal IPP.
subsidi untuk IPP.
main hentam kata subsidi untuk kroni.
banyak sangat baca harakah.

kredit to aznan ali, perbincangan 2008




KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.
Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

salam profesional Melayu.
meleret bersembang nampak, pokok perbincangan tidak disentuh.

subsidi IPP, RM19b setahun
RM116j subsidi gula dipotong.
apa punya kerajaan la.
wave kedua wave kedua.
BN zalim.
inflasi terkawal.
warisan yahudi-kristian.


elektrik adalah keperluan asas.
untuk rumah, pejabat dan industri
mana datang elektrik?
dijana melalui turbin-turbin empangan.

soalnya, cukup ke bekalan elektrik yang dijana empangan, untuk rumah, pejabat dan industri?
tahun 80an, ekonomi berkembang pesat.
semakin banyak rumah dimasukkan elektrik.
perumahan bertambah.
pejabat kerajaan bertambah.
pejabat swasta bertambah.
kilang-kilang bertambah.
semua nak pakai elektrik

alamak! bekalan elekttrik negara tidak mencukupi.
naya negara kita.
takkan nak kilang beroperasi, rumah pejabat bergelap.
atau sebaliknya.
ini tidak bijak mengurus negara.

macam rumah kenduri kahwin, elektrik sikit, tapi pakai sumbat banyak plug.
ah! nak karaoke pun susah tak cukup elektrik

solusi!
tambah bekalan elektrik.
bagaimana?
kincir angin. ini bukan Holland

IPP.
solusi mudah. tapi mahal.
billion untuk buat satu IPP.
kerajaan ada duit, tapi kalau buat IPP, tidak dapat peruntukkan untuk benda lain.
kalau tak de peruntukan untuk MARA, mana anak Melayu nak belajar.
adus.

solusi!
biar swasta keluar duit buat IPP.

siapa swasta tu?
RM1b bukan sikit.
kalau buat loan bank pun dapat 80% sahaja.
swasta masih perlu keluar RM200j.

hanya syarikat yang berkelayakan sahaja ada RM200j dan mampu buat IPP.

swasta, sila buat IPP.
kami kerajaan akan beli elektrik dari anda.
dont worry, gerenti kerana kerajaan nak tampung kapisiti bekalan elektrik yang meningkat.

swasta pun keluar duit sendiri.
dan pinjam bank.

maka pembinaan IPP pun bermula.
ekonomi rancak.
bank dapat beri pinjaman.
hasil negara berkembang.
Sila rujuk Projek RM600j dan Makcik Jual Kerepek.

siap IPP.
IPP sudah siap.

kerajaan lega.
dapat bekalkan elektrik untuk kegunaan domestik dan industri.
pengusaha IPP akan jual elektrik pada TNB.

pengusaha IPP kata, kerajaan bahan untuk menjana IPP mahal.
kami terpaksa jual elektrik pada harga yang mahal.

kerajaan kata, kalau kamu jual elektrik mahal, maka
pengguna domestik dan industri akan membayar bil elektrik yang tinggi.
ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang yang melampau.
semua barang akan naik.

solusi !
pengusaha IPP, kami akan beri kamu subsidi untuk membeli bahan menjana elektrik.
jadi kos kamu berkurangan.
dan kamu dapat jual elektrik yang murah kepada kami.
kami dapat bekalkan elektrik yang murah pada pengguna domestik dan industri.
maka harga barang akan kekal rendah.

subsisi RM19b memang diberi kepada pengusaha IPP,
tapi harus diingat, yang menikmatinya adalah rakyat dan negara.
sebenarnya harus tahu.

sekian

sedikit info tambahan.

ada cara alternatif untuk hasilkan elektrik.
nuklear.
nuke bahaya, sebab waste dia sukar dihapuskan dan memberi kesan kepada alam.

nuke aziz! dia tahu ke IPP tu apa?

hello brader.
kita dah maju bertapak kehadapan.
dijangka bekalan elektrik kita akan mencukupi dalam beberapa tahun lagi.
dan kita akan mengeksport elektrik ke negara luar, Indonesia terdekat.
menggunakan kabel dasar laut!
tapi bahaya kalau gempa.

sebab tu Bakun mesti disiapkan.

Burhanuddin Helmi Kebangsaan Melayu

|
status fb esok

Sebaik sahaja dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS, Dr. Burhanuddin al-Helmi menegaskan
"...bahawa dasar pokok perjuangan kita ialah kemerdekaan" yang penuh:-

i. kebangsaan ini mestilah 'Melayu"

Dr Burhanuddin Helmi
Pejuang Melayu Sejati
Ismail Said
Karisma Publications

Asal Warna Kulit Manusia

|
Ohh...pasal kulit adam cam warna isi kuku..hmmm...sy pun pernah terbaca gak,tapi dah lupa kat mana.Tapi bukan ker 'Adam' tu maksudnya merah? ntah lah bagi sy Adam tu warna kemerahan-merahan nak agak gelap sementara ibu 'Hawa' tu putih orangnya.Sebab ikut istilah 'Hawa' cam Hawa Dingin sesuatu yg sejuk atau putih.Dlm buku prof.Arysio pun camtu gak,Hawa putih dan Adam Merah.Caucasian ikut kulit ibu hawa, keturunan semitik ikut kulit Adam iaitu 'Merah'.Yg kuning lak camne? campuran merah dgn putih.Pink takde kuning je yg keluar.Pasal kulit hitam ni sebenor2 nya takde tapi klu kitab usul@usuluddin kulit hitam disebabkan sumpahan nabi Noh ke atas salah seorang anaknya bernama 'Ham'.Ham ni dah langgar syarat2 ketat sewajtu dlm bahtera Nabi Noh a.s.Syarat2 yg ketat itu adalah tidak boleh berjimak semasa banjir besar berlaku kerana bahtera tu dah tersangat sarat maka jika x kawal reproduction manusia maka boleh pecah bahtera dek kerana ramai manusia & haiwan.Kmungkinan syarat tu dibuat kerana Nabi Noh a.s dpt tau banjir tu berlansung dlm tempoh yg lama apatah lagi nak nunngu ianya surut semula.
Jadi balik pada citer si 'Ham' nih dia berjimak gak dengan isterinya maka ternampak oleh ayahandanya Nabi Noh a.s.Dah lah tu berjimak terselak la pulak kain nampak lak aurat Ham dan isterinya apalagi Nabi Noh a.s pun naik angin langgar syarat dan tak menjaga adab-sopan dlm bahtera.Disumpahnya Ham oleh Nabi Noh a.s bahawa anak yg lahir dr proses berjimak tadi akan lahir berkulit hitam.Maka selepas disumpah tak berapa lama lahirlah bayi yg sangat hitam kulitnya maka dinamakan 'Saudun' maksudnya sangat hitam oleh bapanya Ham.Jika dilihat negara Afrika yg dekat dgn semenanjung arab telah mengambil nama sempena 'Saudun' ni ialah negara Sudan.So korang boleh tengok dari 'Saudun' nilah lahir bangsa Melanesian oleh pengkaji Paleontology & Anthropology.Bangsa MElanesian ni ialah orang asli di kepulauan2 Asia Selatan dan dari Saudun juga lahir bangsa Afrika yg sangat hitam

Tulisan Orang Melayu Dulu-Dulu

|
tulisan jawi bukanlah milik orang Melayu.Sevaliknya, Rencong,
Kawi, Palava adalah tulisan awal orang Melayu.

status fb aku hari isnin atau selasa ni

Komen Dalam Mistisfiles

|
chaos ketika itu.

orang Melayu melalui persatuan masing-masing menentang Malayan Union.

Berjaya!

Kita boleh bersatu rupanya.
Pasti kita boleh bersatu dalam satu persatuan.

Persatuan persatuan itu pun bersatu dan tertubuhlah UMNO tanggal 12 Mei 1946.

1951 perpecahan pertama berlaku. Tunku, Dato Onn dan Dato Ahmad Fuad bertanding jawatan Presiden.

dato Onn kalah menubuhkan IMP. Dato Ahmad Fuad pula menubuhkan PAS.

Itulah permulaan permusuhan UMNO PAS.

Diburukkan lagi dengan kemasukan silibus usrah dari Timur, Ikhwanul Muslimin. Mengasingkan agama dan bangsa.

tuan tuan,
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

kita semua mengikut blog MO sudah lama.

bangsa Mala ini telah lama membuktikan ia bangsa yang kuat.

Srikandi telah membuka rahsia kita.

kita percaya kita kuat.

tok nenek kita kuat kerana mereka bersatu. sebab itu hari ini kita mempunyai sejarah kekuatan bangsa yang boleh dibanggakan.

Sriwijaya, Punt, dll kita akui kita punya.

Kita juga perlu akui bahawa mereka membina tamadun dan peradaban yang tinggi melalui bersatu.

Andai kata tidak bersatu, usahkan tamadun, tidak wujudlah empayar yang diceritakan Srikandi.

Itu cerita lama.
Hari ini kita boleh menjadi gemilang. Kita sudah jauh kehadapan berbanding negara Boneka.

Kita ada Petronas.
Mereka ada Aramco, akronim yang diambil daripada Arab America Company.

Sebelum wujud Pakatan Rakyat, wujudnya Barisan Alternatif. Sebelum wujudnya Barisan Alternatif, PAS bersendirian.

tiada hati DAP PKR perlu dijaga.

PAS kental semangat Melayunya. jika UMNO tidak menjaga melayu, PAS paling kehadapan.

Persahabatan ini timbul akibat permusuhan. Umpama gol d roger dan whitebeard.

hari ini, PAS juga melacurkan Melayu. bila ditegur UMNO, PAS menjawab kamu lagi teruk.

rindu akan perasaan permusuhan dengan PAS dalam menjaga Melayu.

kini PAS berlumba dengan UMNO untuk menjahanamkan Melayu

Hudud di Pakistan

|
Hudud di Pakistan. Seorang wanita bujang dirogol oleh kenalannya, Z. Beliau mengadu kepada Penguasa, tetapi kerana tiada 4 saksi, beliau dihukum 80 rotan, qazaf. Beliau mengandung. Penguasa menuduh beliau mengandung anak luar nikah hasil zina. Selepas melahirkan anak, beliau dirotan 100 kali. Perogol bebas. Tidak adil! Ya sudah pasti kerana mereka tidak memakai Qarinah yang dibenarkan Allah.

dari status fb.

bagi yang faham, tahulah apa itu qarinah