Zaid Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat

|
Selepas Anwar ditendang keluar dari UMNO, maka bermulalah gerakan besar-besaran menuduh UMNO sebagai parti yang buruk dan teruk. Gerakan ini berjaya. Ia diketuai oleh Anwar, dan selepas Anwar ditahan ia diteruskan oleh pengikut setia Anwar, PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia.

Selepas berjaya membusukkan UMNO, maka Parti Keadilan Nasional ditubuhkan sebagai alternatif kepada UMNO/ BN. Dalam diam Anwar mengatakan PAS, PKR dan PRM buruk juga, kalau parti-parti sedia ada lebih baik daripada UMNO/ BN, lebih baik Anwar arahkan pengikut buta tuli dia menyertai parti-parti sedia ada tetapi tidak. Tetapi mereka bergabung dibawah Barisan Alternatif.

Seterusnya PKN dan PRM bergabung menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Hek eleh. Seorang demi seorang orang kanan Anwar / PKR keluar dari parti dengan alasan yang ramai tidak tahu. Senarai boleh rujuk blog Syed Akbar Ali.

Paling mengejutkan adalah Ezam.

Paling baru, Zaid Ibrahim umum tarik diri bertanding Timbalan Presiden. Aiyo apa sudah jadi. esoknya Zaid buat PC kata Anwar dan Azmin merosakkan parti.

Sudah-sudahlah. Ayuh kembali pada UMNO. UMNO tidak seburuk yang digambarkan tetapi UMNO lebih baik daripada PAS, PKR dan DAP.